Euforia Bola 2026
Didik

“Bahagi, Darab Pun Tak Reti..”- Salah Besar Mansuhkan UPSR & PT3, Guru Dedah Pendidikan Makin Lemah!

pemansuhan upsr

Pemansuhan UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) pada tahun 2021 dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 2022 terus menjadi topik perdebatan hangat dalam dunia pendidikan.

Ramai pendidik meluahkan rasa gusar, termasuk seorang guru yang berkongsi pandangan di platform Threads.

Baca juga: Pendidikan Sekolah Menengah Kini WAJIB, Mak Ayah Gagal Hantar Anak Boleh Didenda RM5,000!

PEMANSUHAN UPSR & PT3 ADALAH SILAP BESAR, PELAJAR SEKARANG LEMAH!

pemansuhan upsr

Foto hiasan.

Menurut guru ini, langkah pemansuhan tersebut meninggalkan kesan besar terhadap tahap penguasaan pelajar. Katanya, masih ramai murid menengah rendah masih gagal menguasai asas Matematik seperti operasi darab dan bahagi. Lebih membimbangkan, ada pelajar Tingkatan 3 yang masih belum mampu menulis atau bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik!

“Kebanyakan pelajar belajar tanpa memberi tumpuan serius, seolah-olah mereka berada dalam waktu cuti panjang. Ketiadaan peperiksaan besar membuatkan disiplin dan fokus semakin merosot,” tegasnya.

Bagi guru tersebut, peperiksaan awam seperti UPSR dan PT3 bukan semata-mata tentang gred, tetapi penanda aras penting bagi memastikan pelajar benar-benar menguasai asas sebelum melangkah ke tahap lebih tinggi.

Tanpa penilaian utama ini, pelajar seperti ‘dibiarkan berjalan tanpa kompas’ dan hanya diberitahu untuk terus maju, walaupun asas masih goyah. Akibatnya, ramai yang membesar tanpa kemampuan berfikir secara kritis, kurang keyakinan diri, dan gagal mengekspresikan idea dalam bahasa ibunda sendiri.

“Peperiksaan melatih disiplin, tanggungjawab dan tabiat belajar yang konsisten. Jika ia tiada, kita berisiko melahirkan generasi yang tidak bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar,” ujarnya lagi.

Keputusan Yang Jadi Kontroversi

pemansuhan upsr

Foto: Kosmo

Untuk rekod, pemansuhan UPSR diumumkan pada April 2021 manakala PT3 dimansuhkan pada Jun 2022. Keputusan ini dibuat ketika Kementerian Pendidikan dipimpin oleh Datuk Dr. Radzi Jidin dengan alasan untuk menekankan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dan mengurangkan budaya berorientasikan peperiksaan.

Namun, pandangan guru ini mencerminkan keresahan ramai warga pendidik bahawa sistem baharu tanpa peperiksaan utama mungkin meninggalkan kesan jangka panjang iaitu lahirnya generasi pelajar yang tidak memiliki asas kukuh, lalu sukar bersaing di masa depan.

“Budak-budak dah hilang daya saing bila peperiksaan dihapuskan. Tambah pulak dengan ledakan media sosial yang trendnya, haru biru, hiruk pikuk dalamnya. Jadi, cikgu-cikgu mungkin hanya dapat memilih dan mmberi tumpuan kepada beberapa budak yang mau belajar..” kata netizen.

Baca juga: “Meleleh Air Mata Tengok”- Nenek Tunggu Cucu Jawab SPM Sambil Baca Yasin Luar Dewan Undang Sebak

Sumber: Threads @f.nraina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×