Euforia Bola 2026
Asuh

“Bukan Kerana Tak Sayang”- Ibu Tunggal Terpaksa Tinggal Anak 3 Tahun Sendirian Di Rumah Pergi Kerja, Pantau Guna CCTV

ibu tunggal

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang dialami oleh seorang ibu tunggal menerusi satu perkongsian menyentuh hati di laman Facebook.

Ibu tunggal ini meluahkan realiti hidup yang terpaksa ditelan dalam diam. Demi kelangsungan hidup, dia terpaksa meninggalkan anaknya yang baru berusia tiga tahun bersendirian di rumah dari pagi hingga petang, semata-mata untuk keluar bekerja.

Baca juga: Janin Bayi Ditemui Dalam Lori Sampah, Penduduk Terkejut Lihat Penemuan Tragis Seperti Dalam Video Tular

IBU TUNGGAL TERPAKSA TINGGAL ANAK USIA 3 TAHUN DI RUMAH BILA PERGI KERJA, PANTAU GUNA CCTV

ibu tunggal

Jika diberi pilihan, tiada ibu di dunia ini yang sanggup berbuat demikian kerana ini bukan kerana kurang kasih, sebaliknya kerana terlalu menyayangi. Namun hakikat hidup tidak sentiasa memberi ruang untuk memilih yang terbaik, hanya yang mampu dilakukan.

Ibu ini mengakui, dia tidak pernah menganggap hidupnya susah hanya kerana tidak mampu menikmati kemewahan seperti orang lain. Kekurangan lauk atau ketiadaan percutian bukanlah isu besar baginya tetapi meninggalkan anak kecil sendirian di rumah, itulah hakikat yang paling merobek perasaan.

Anaknya, Mika, terpaksa ditinggalkan kerana tidak semua tempat kerja membenarkan ibu membawa anak bersama. Dalam keadaan terdesak, dia memujuk Mika untuk tinggal di rumah.

Walaupun si kecil Mika kelihatan tabah, tidak menangis, tidak meragam dan mampu mengurus diri mengikut kemampuannya, namun di sebalik ketenangan itu, hanya seorang ibu yang tahu betapa rapuhnya hati seorang anak kecil yang dipaksa matang sebelum waktunya. Mika menjadi kuat bukan kerana dia sudah bersedia, tetapi kerana keadaan memaksa dia begitu.

Rutin Harian Anak Kecil Yang Terpaksa Membesar Lebih Awal

ibu tunggal

Setiap pagi, si ibu akan menyediakan makanan untuk Mika sebelum keluar bekerja. Waktu rehat tengah hari menjadi satu-satunya peluang mereka ‘bertemu’ melalui panggilan video. Mereka makan bersama di skrin telefon, berkongsi cerita ringkas tentang hari masing-masing.

Ada hari Mika kelihatan ceria dan baik-baik sahaja. Namun ada juga hari air mata mengalir, meminta ibunya pulang lebih awal dan setiap tangisan itu menjadi luka kecil yang terpaksa disimpan kemas dalam hati seorang ibu.

Ramai yang kagum melihat betapa berdikarinyanya Mika pada usia yang terlalu muda. Namun di sebalik pujian itu, tersimpan realiti yang menyedihkan seorang anak kecil terpaksa belajar berdikari lebih awal daripada sepatutnya. Ibu ini sendiri sering tertanya-tanya, apakah bentuk pengorbanan yang dinilai Tuhan sehingga dia dikurniakan anak yang begitu memahami dan tabah.

Kini, hujung minggu bukan lagi sekadar hari rehat buatnya. Sama ada bekerja atau tidak, Sabtu dan Ahad dijadikan ruang untuk menebus masa yang hilang. Dia memilih untuk berada sepenuhnya di rumah, tanpa tergesa-gesa, tanpa rasa bersalah, hanya ingin menjadi ibu yang hadir untuk anaknya.

“Sekarang ni Sabtu Ahad mama mahu rehat dengan tenang bersama-sama awak di rumah,” luahnya sambil menyatakan anaknya sudah berusia enam tahun.

Perkongsian ini bukan bertujuan meraih simpati, sebaliknya membuka mata masyarakat yang rupanya ramai berada dalam situasi yang sama. Tidak semua ibu bapa yang terpaksa meninggalkan anak sendirian kerana bekerja itu lalai atau tidak peduli. Ada yang mengorbankan perasaan sendiri demi kelangsungan hidup.

Namun dalam masa yang sama, kisah ini juga menjadi peringatan besar tentang risiko dan bahaya yang wujud apabila anak kecil ditinggalkan tanpa pengawasan.

Baca juga: 4 Tahun Ibu Tunggu Keadilan, Akhirnya Suami Pengasuh Bun*h Bayi 9 Bulan Dihukum 30 Tahun Penjara, 13 Sebatan

Sumber: Rai Yaie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×