Euforia Bola 2026
Famili

Pengasuh Kesayangan Meninggal Dunia, Reaksi Si Kecil Yang Kehilangan ‘Ibu Kedua’ Undang Air Mata

pengasuh anak

Di saat masyarakat sering disajikan dengan kisah pengasuh yang mengabaikan atau mendera kanak-kanak, perkongsian seorang ibu di Threads mengenai pemergian pengasuh anak yang baik mengingatkan ramai bahawa masih ada insan berhati mulia yang menjaga anak orang seperti anak sendiri.

Baca juga: Tular Video Pengakuan Perbuatan Terkutuk, Atuk Direman Enam Hari Disyaki R*gol Cucu Sendiri!

PENGASUH ANAK YANG BAIK MENINGGAL DUNIA UNDANG SEBAK

pengasuh anak

Foto: Threads @najihah_zaki9

Menerusi perkongsian itu, wanita berkenaan meluahkan rasa sedih atas kehilangan pengasuh yang telah menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang selama bertahun-tahun.

Di saat muncul kisah-kisah pengasuh kejam, Allah hadirkan kami seorang manusia yang berjiwa nurani dan baik hati.

“Jaga anak kami tanpa pernah berkira soal duit. Ambil lambat? Hantar awal? Tak ada bunyi. Siap bagi saya bekal makanan pergi kerja.

“Anak-anak panggil Bubu. Jumaat lalu, Bubu pergi jua. Terima kasih atas segalanya kak. Saya sayang akak,” tulisnya.

Tangisan Noah Di Pusara Buat Ramai Tersentuh

Kisah itu menjadi lebih menyayat hati apabila anak sulungnya, Noah yang berusia enam tahun, sukar menerima hakikat bahawa insan yang menjaganya sejak bayi telah pergi buat selama-lamanya.

Menurut ibu Noah, pengasuh yang dikenali sebagai Marliana Abdullah telah menjadi sebahagian daripada kehidupan keluarganya sejak tahun 2021.

Pengasuh tersebut dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan organ selepas diserang demam denggi.

Selepas menerima berita pemergian arwah, ibu Noah membawa Noah menziarahi pusara pengasuh kesayangannya di Tanah Perkuburan Bukit Lagong.

Ketika berada di tanah perkuburan, Noah kelihatan tenang dan sempat menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah.

Namun sebaik sahaja meninggalkan kawasan perkuburan dan masuk ke dalam kereta, kanak-kanak itu tidak dapat menahan kesedihannya.

Noah tanya saya, boleh ke dia nak Bubu? Masa itu dia menangis teresak-esak. Saya pun turut menangis sama,” katanya.

Pengasuh Anak Jaga Noah Sejak Usia Tujuh Bulan

pengasuh anak

Foto: Threads @najihah_zaki9

Menurut ibunya, Noah mula diasuh oleh pengasuh sejak berusia tujuh bulan. Hubungan mereka menjadi sangat rapat memandangkan mereka juga tinggal di kawasan perumahan yang sama.

Malah, layanan baik yang diberikan membuatkan beliau turut menghantar anak keduanya untuk dijaga oleh arwah.

Panggilan “Bubu” pula lahir kerana Noah yang masih pelat ketika kecil menyebut perkataan “ibu” sebagai “bubu”, dan panggilan itu kekal sehingga ke akhir hayat arwah.

Noah juga sering menceritakan bagaimana dia menyukai layanan Bubu yang gemar menyuapkan makanan, bermain dan meluangkan masa bersamanya.

Kehilangan Yang Sukar Diganti

pengasuh anak

Foto: Threads @najihah_zaki9

Ibu Noah berkata, dia hanya mengetahui pengasuh anaknya dimasukkan ke hospital akibat demam denggi pada Rabu lalu dan sempat memberikan kata-kata semangat kepada wanita itu.

Namun keadaan kesihatannya merosot dengan cepat sebelum disahkan meninggal dunia pada Jumaat.

Selain menjaga kanak-kanak, pengasuh itu juga disifatkan sebagai seorang yang sangat pemurah dan gemar bersedekah makanan kepada orang sekeliling.

Bekas tukang masak itu sering menyediakan pelbagai juadah untuk jiran dan kenalan, malah masakannya sentiasa menjadi kegemaran ramai.

Bagi ibu Noah, kehilangan pengasuh anaknya bukan sekadar kehilangan seorang pengasuh, tetapi seperti kehilangan seorang kakak dan sahabat yang sentiasa ada ketika susah dan senang.

Sesungguhnya, tidak semua hubungan yang bermakna terjalin melalui pertalian darah. Ada insan yang hadir dalam hidup seketika, namun meninggalkan kenangan dan kasih sayang yang kekal selamanya.

Baca juga: “Allah Jemput Sebab Preparation Dia Sungguh-Sungguh”- Netizen Kagum Lihat Buku Nota Lisa Surihani Tunai Haji, Lengkap Ilmu & Doa

Sumber: Threads @najihah_zaki9 dan Harian Metro 

FT Images: Threads @najihah_zaki9

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×