Euforia Bola 2026
Didik

Kecoh Dakwaan Sambutan Hari Guru ‘Dilarang’, JAIS Akhirnya Tampil Beri Penjelasan Sebenar

larangan sambutan hari guru

Isu larangan sambutan Hari Guru di sekolah bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang tular baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Ada yang terkejut, ada juga yang mula tertanya-tanya sama ada guru sudah tidak lagi diraikan seperti sebelum ini.

Baca juga: Slip Tak Laku Untuk Mohon Kerja Kerajaan, Ini Cara Mudah Dapatkan Sijil SPM Yang Hilang Secara ‘Online’!

PENJELASAN JAIS ISU LARANGAN SAMBUTAN HARI GURU YANG TULAR

larangan sambutan hari guru

Gambar hiasan fail NSTP: Sebagai pengiktirafan besar kepada guru, JAIS mengadakan majlis menghargai dan mengenang jasa guru tetap dilaksanakan di peringkat negeri iaitu pada 21 Mei ini.

Susulan itu, JAIS tampil mengeluarkan penjelasan rasmi menerusi satu kenyataan di Facebook bagi menjelaskan keadaan sebenar berhubung surat edaran yang tersebar sejak beberapa hari lalu.

Menurut Pengarah JAIS, Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad, walaupun sambutan Hari Guru di peringkat sekolah dan daerah tidak dibenarkan buat sementara waktu bagi tahun 2026, pihak JAIS, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor tetap menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik.

Jasa guru tetap dihargai

Menerusi kenyataan tersebut, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor tetap akan diadakan pada 21 Mei 2026 sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru di bawah seliaannya.

Di mana, kos sambutan berkenaan melebihi RM200,000 menerusi peruntukan daripada MAIS dan Kerajaan Negeri Selangor.

Penghargaan tersebut termasuk pengiktirafan kepada tokoh guru dan sekolah cemerlang dalam pelbagai kategori sama ada dalam bentuk tunai atau geran.

Baca juga: 58 MRSM Bakal Ada Warden Sepenuh Masa Mulai 2027, Guru Boleh Fokus Mengajar & Luah Rasa Syukur!

Elak beban kewangan ibu bapa

JAIS turut menjelaskan keputusan itu dibuat selaras dengan saranan supaya masyarakat mengamalkan perbelanjaan secara berhemah dalam keadaan ekonomi dan situasi geopolitik semasa yang tidak menentu.

Selain itu, pihak JAIS turut melihat budaya pemberian hadiah kepada guru sempena sambutan Hari Guru sedikit sebanyak memberi tekanan kewangan kepada sesetengah ibu bapa atau penjaga.

“JAIS juga membuat keputusan ini berikutan wujudnya kesan kepada ibu bapa atau penjaga yang menjadi tradisi menyediakan hadiah-hadiah tertentu kepada guru atas permintaan anak-anak,” jelasnya.

Menurut kenyataan tersebut lagi, perkara itu dilihat perlu dihentikan buat sementara waktu bagi mengurangkan beban kewangan keluarga.

Baca juga: Ini 20 Lokasi Sekolah Dalam Hospital Di Malaysia, Murid Dalam Rawatan Terus Dijamin Akses Pendidikan!

larangan sambutan hari guru

Gambar hiasan: Gemini AI

Akan dinilai semula pada masa akan datang

Dalam masa sama, JAIS memaklumkan pihaknya akan mempertimbangkan semula pelaksanaan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah dan daerah apabila keadaan kembali stabil seperti biasa.

Beberapa penambahbaikan juga dijangka dibuat termasuk memastikan sambutan tidak mengganggu proses pembelajaran dan dijalankan secara lebih ringkas serta seragam.

Antara yang akan dinilai termasuk:

  • Tentatif program yang lebih sederhana
  • Masa sambutan yang tidak ganggu PdP
  • Pelaksanaan lebih selaras antara sekolah

Terdahulu, Surat Edaran (Rujukan: JAIS.BPI.100-1/3/3) bertarikh 7 Mei 2026 mengenai ketetapan tersebut mula tular di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan masyarakat.

Sumber: Facebook Jabatan Agama Islam Selangor – Rasmi

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×