Ada kalanya, pemberian hadiah yang paling menyentuh hati bukanlah sesuatu yang mahal atau mewah. Sebaliknya, ia datang daripada seseorang yang memberi apa sahaja yang mereka ada, walaupun diri sendiri sedang berdepan kesusahan.
Itulah kisah yang dikongsikan seorang guru dikenali sebagai Miss Nurul menerusi hantaran di Threads apabila menerima hadiah daripada seorang muridnya sempena Hari Guru. Namun, apa yang diterimanya itu membuatkan dia sukar menahan sebak.
Baca juga: “Dia Cakap Bujang…”- Wanita Ini Cerdik Cek Status Calon Suami & Kantoi Dah 2x Kahwin, Ini Caranya!
PEMBERIAN HADIAH ‘SUMBANGAN’ MURID INI BUAT GURU MENANGIS

“Ini hadiah paling menyakitkan yang pernah I accept. One yang I sentiasa teringat. One yang always humbled me down,” tulisnya.
Menurut Miss Nurul, murid tersebut bukan datang daripada keluarga yang senang. Malah, kedua-dua ibu bapanya berada dalam pusat pemulihan sementara murid itu tinggal di rumah amal bersama adiknya.
Menurut Miss Nurul, murid tersebut bukan datang daripada keluarga yang senang. Malah, kedua-dua ibu bapanya berada dalam pusat pemulihan sementara murid itu tinggal di rumah amal bersama adiknya.
Apa yang lebih menyentuh hati, hadiah yang diberikan dipercayai hanyalah makanan dan jajan hasil sumbangan yang diterima sempena Aidilfitri.
“You know what she gives me? What she has. Foods yang I bet dia dapat dari sumbangan raya. Jajan-jajan yang maybe orang sumbang or bagi. Pains me so much aku tak sanggup nak pandang pun.
“No habib can tops this,” luahnya lagi.
Hadiah kecil, tetapi besar nilainya
Menerusi perkongsian video tersebut, Miss Nurul menunjukkan sekotak hadiah berisi pelbagai jajan, biskut dan gula-gula bersama sepucuk surat daripada murid berkenaan.
Bagi sesetengah orang, mungkin ia kelihatan biasa. Namun bagi seorang guru yang memahami latar belakang anak muridnya, hadiah itu membawa makna jauh lebih besar.
Menurut Miss Nurul, murid tersebut juga memikul tanggungjawab besar pada usia muda apabila perlu menjaga adiknya yang kini berada di Tingkatan Satu.
“Dia ada adik. Form 1. Dia jaga adik dia. Dia ada adik dia je,” katanya.
Tambahnya lagi, pelajaran dua beradik itu juga dipercayai sedikit tercicir kerana tekanan emosi yang ditanggung.
“Dia cakap dia tak boleh focus. Dia asyik fikir parents dia and macam mana nak jaga adik dia,” kongsi guru tersebut.

Tersentuh dengan keadaan murid berkenaan, Miss Nurul turut menyeru orang ramai yang berkemampuan supaya menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja golongan kurang bernasib baik.
Menurutnya, sumbangan tidak semestinya dalam bentuk wang tunai kerana barang keperluan sekolah atau hadiah kecil juga sudah cukup bermakna.
“Kalau berkemampuan, menyumbanglah to the unfortunate. Ada duit hatta extra RM5 pun, belikan buku salurkan ke sekolah,” tulisnya.
Dalam masa sama, ada juga warga maya yang bertanya apakah keperluan murid tersebut sekiranya ingin membantu.
Miss Nurul berkata antara yang sesuai termasuk makanan atau barangan keperluan sekolah, selain mengalu-alukan jika orang ramai mahu memberikan sumbangan dan boleh menghubunginya di talian 019-6428907 atau menerusi akaun Threadsnya.
“Jangan bagi I duit. Terima kasih,” jelasnya.
Perkongsian itu nyata menyentuh hati ramai kerana ia mengingatkan kita bahawa nilai sesuatu hadiah bukan terletak pada harga, tetapi keikhlasan orang yang memberi. Kadang-kadang, mereka yang serba kekurangan inilah yang paling banyak mengajar tentang erti syukur dan kasih sayang.
Sumber: Threads @notnughul
FT Image: Threads @notnughul
