Euforia Bola 2026
Famili

“Nikmat Apa Yang Allah Bagi Ni…” Peniaga Menangis Terharu Ditaja Tunai Umrah, Saat Tolak Troli Barangan Jualan

tunai umrah

Tanyalah kepada sesiapa pun, pastinya akan berasa terharu apabila direzekikan untuk tunai umrah pada waktu yang langsung tak dijangka.

Begitulah kisah seorang peniaga wanita yang tular di TikTok baru-baru ini, apabila kehidupannya berubah sekelip mata setelah menerima khabar gembira yang sangat menyentuh hati.

Baca juga: Tidak Seperti Subuh Biasa, 5 Penduduk Segamat Tampil Ceritakan Detik Cemas Pertama Kali Berdepan Gempa Bumi!

PENIAGA MENANGIS DITAWARKAN TUNAI UMRAH PERCUMA

tunai umrah

Menangis sewaktu ditawarkan rezeki besar

Menerusi video yang dimuat naik di akaun @ikhlasdotcom, wakil agensi umrah dilihat menegur seorang peniaga wanita bernama Putrie Azzrena yang sedang menolak troli berisi barangan jualan.

Menurutnya, dia baru sahaja dua hari memulakan perniagaan bihun goreng dan buah-buahan di hadapan sekolah.

Apabila ditanya tentang impian menunaikan umrah, wanita itu menjawab bahawa tiada siapa yang tidak mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Namun, kata Putrie, yang membezakan hanyalah kemampuan masing-masing.

Tidak lama kemudian, wakil agensi itu memaklumkan bahawa beliau terpilih untuk menunaikan umrah secara percuma.

Mendengar perkhabaran tersebut, Putrie terus menitiskan air mata kerana tidak menyangka diberi rezeki sehebat itu.

“Allahuakbar, rahmat apa yang Allah bagi ini. Nikmat apa yang Allah bagi ni…” ucapnya dalam tangisan.

Panggilan telefon penuh sebak

Lebih menyentuh hati, pada akhir video Putrie sempat menelefon ibunya bagi memohon restu sebelum berangkat ke Tanah Suci.

“Saya tak sangka, sebab saya memang jahil bab agama. Saya baru nak berjinak-jinak dengan agama,” katanya lagi dengan suara sebak.

Baca juga: Lelaki Mengesot Turun Tangga Hampa Keluar Dari Bank Tangan Kosong, Sambil Disaksikan Sendiri Anaknya

Reaksi warga maya turut mengundang air mata

tunai umrah

Rata-rata pengguna media sosial yang menonton video tersebut juga tidak mampu menahan sebak. Ramai yang mendoakan agar urusan Putrie dipermudahkan sepanjang ibadah, serta diberi rezeki yang berlipat kali ganda selepas pulang.

“Masa akak sebut ‘aku banyak dosa dengan kau ya allah’ menangis aku weh!

“Allah tak panggil yang mampu, tapi Allah memampukan siapa yang Dia nak panggil.

“Bila mak dia cakap ‘dia itu anak yang paling susah’…Allah, semoga bertambah luas rezeki akak selepas balik umrah berlipat ganda luas lagi.

“Mula-mula sekali dia puji suami dia baik sangat-sangat,” komen warga maya.

@ikhlas.com

“Allahuakhbar, saya terlalu banyak dosa dengan Allah…” Asalnya Allah uji team ikhlas.com tak jumpa jalan, berpusing-pusing dalam kawasan dengan tujuan nak membawa khabar gembira buat seorang penerima asnaf di PPR Desa Tun Razak. Rupanya, perancangan Allah adalah yang terbaik, kami ditakdirkan bertemu dengan seorang hamba Allah ni. Ketika itu kami lihat dia sedang menolak troli berisi makanan untuk dijual di depan sekolah. Terdetik di hati kami untuk mengenali dengan lebih dekat wanita kuat ini. Putrie Azzrena ternyata sebak saat ditawarkan tajaan umrah. Baginya, dia hamba penuh dosa dan masih belum mampu untuk menjadi tetamu Allah. Menurut Azzrena, ini adalah rezeki terbesar pernah dia dapat. Umpama mimpi saat dia sampaikan berita ini kepada ibu tercinta. Nantikan perjalanan Azzrena bersama asnaf lain yang dijangka terbang pada awal September ini. Tak lama saja lagi. 🕋 Ayuh bantu kami dalam misi pencarian ramai lagi asnaf untuk merealisasikan impian mereka ke tanah suci. Adakah anda mengenali seseorang yang: 🔹 Fakir atau miskin? 🔹 Muallaf? 🔹 Hidup dalam kesempitan tetapi penuh iman dan harapan? Bantu kami cari mereka ❤️ Jika anda sendiri merasakan layak menjadi calon penerima tajaan umrah, daftar segera! Semak posting di feed kami untuk mengetahui cara penyertaan. Jom jadi asbab mereka dijemput ke Baitullah! 📢 Sebarkan mesej ini 📝 Calonkan insan terpilih 💫 Kongsi peluang pahala 👉 Klik pautan di bio kami untuk mendaftar! Semoga usaha kecil kita membawa keberkatan besar buat mereka yang memerlukan 🤲🏼 #TetamuJemputanAllah #ikhlasumrah1000asnaf #ikhlasumrah #fyp #malaysia

♬ original sound – IKHLASDOTCOM – IKHLASDOTCOM

Baca juga: Ibu Dedah Remaja 16 Tahun Maut Nahas, Pencari Nafkah Keluarga Sejak Ayah Sakit & Adik Hidap Kanser

Sumber: TikTok @ikhlasdotcom

FT Image: TikTok @ikhlasdotcom

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×