Menerusi perkongsian di laman Facebook Fahmi Ramli yang merupakan seorang peguam syarie, dia menjelaskan baru-baru ini berlaku satu kes mengejutkan di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh, apabila seorang wanita tampil untuk mendapatkan pengesahan nikah setelah 29 tahun berkahwin.
Apa yang mengejutkan, Mahkamah menunjukkan salinan Fatwa Negeri Perak bertarikh 10 Jun 1997 yang menyatakan pernikahan wanita itu tidak sah.
Baca juga: Suami Isteri ‘Bersama’ Tanpa Seurat Benang, Tak Sangka Ini Hukum Dalam Islam…
WANITA DATANG MAHKAMAH UNTUK PENGESAHAN NIKAH, 29 TAHUN DAH BERUMAH TANGGA

“Pernikahan yang telah dinikahkan secara Wali Hakim oleh Bekas Naib Qadhi Gopeng bernama Mohd Jamil Bin Kechil selepas tarikh 22 Julai 1989 adalah TIDAK SAH kerana telah dilarang oleh Qadhi yang ketika itu bertindak sebagai wakil Sultan,” tulis di dalam salinan Fatwa daripada Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak pada 10 Jun 1997.
Difahamkan, pernikahan seperti ini dikenali sebagai Nikah Fasid, iaitu pernikahan yang tidak memenuhi syarat sah nikah. Sepatutnya, pelantikan Wali Hakim mesti melalui perintah Mahkamah Syariah. Jika pasangan tidak tahu status ini sejak awal, mereka boleh bernikah semula secara sah tetapi dalam kes ini, suami telah meninggal dunia.
“Terkejut saya, siap ada Fatwa dan Fatwa ini telah digazetkan dalam Negeri Perak sejak 1997 lagi. Maka, terkejutlah mak cik tersebut bila Mahkamah menyatakan perkahwinannya tidak sah. Sudahlah telah berkahwin sejak sekian lama. Nak nikah semula pun, suami telah meninggal dunia,” jelasnya.
Tambahnya juga, anak-anak yang lahir dari perkahwinan itu dikategorikan sebagai Anak Wati’ Syubhah iaitu anak daripada hubungan yang dianggap meragukan, namun bukan anak tak sah taraf.

Mereka boleh dinasabkan kepada bapa, berhak menerima perwalian, dan juga boleh mewarisi pusaka, asalkan Mahkamah mengesahkan nasab melalui satu perintah rasmi.
Jika anak-anak ini dinikahkan oleh bapa kandung (yang sah dari segi nasab), maka pernikahan mereka adalah sah menurut Mazhab Syafie. Tidak perlu permohonan faraq nikah (pemisahan). Berbeza dengan anak tak sah taraf yang tidak boleh dinikahkan oleh bapa biologi kerana tiada hak perwalian.
Kesimpulannya, Fahmi Ramli berharap agar kisah ini dapat dipanjangkan kerana orang-orang yang telah berkahwin dengan Wali Hakim yang telah tidak ada tauliah bahkan telah diwartakan oleh Fatwa Negeri Perak pada tahun 1997 ini sampai ke pengetahuan mereka.
Baca juga: Suami Jangan ‘Skip’ Cium 5 Bahagian Tubuh Isteri Ini, Baru Cinta Makin Mekar Setiap Hari!
Sumber: Facebook Fahmi Ramli
