Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Rupanya Saya Yang Dimadukan”– Lelaki Terkejut Isteri Masih Sah Milik Suami Lain, Patutlah Elak Tinggal Sebumbung!

isteri orang

Istilah bermadu biasanya dikaitkan dengan wanita yang berkongsi kasih seorang suami. Namun, kejadian luar biasa di Kedah ini membuktikan sebaliknya apabila seorang lelaki mendapati pasangannya adalah isteri orang dan dirinya pula yang ‘dimadukan’ dengan lelaki lain tanpa disedari.

Alamak! Macam mana boleh terjadi sampai begitu?

Baca juga: Tular Lelaki Kahwin 3, Peguam Dedah Rupanya Trademark ‘Poligami Harmoni’ Itu Ada Sisi Gelap!

ISTERIKU ADALAH ISTERI ORANG, LELAKI KONGSI KISAH DIRINYA ‘DIMADUKAN’!

isteri orang

Segalanya bermula apabila Syed berkenalan dengan seorang wanita bernama Una melalui kelab kereta Axia. Hubungan mereka semakin rapat, dan satu hari Una mengaku dirinya hamil luar nikah. Atas rasa tanggungjawab dan ketakutan, Syed bersetuju untuk menikahi wanita itu di Thailand tanpa pengetahuan keluarga kedua-dua pihak.

Namun selepas bernikah, rumah tangga mereka tidak seperti pasangan lain. Una lebih selesa hidup secara jarak jauh (PJJ), malah tidak pernah membenarkan Syed datang ke rumahnya dengan alasan ada ahli keluarga yang kurang siuman tinggal bersama. Setiap kali ingin bertemu, mereka hanya berjumpa di homestay.

Lebih pelik, walaupun keluarga mereka akhirnya tahu tentang perkahwinan tersebut, Una tetap enggan tinggal sebumbung dengan Syed.

“Saya Percaya Bulat-Bulat Apa Dia Kata”- Terbongkar Isteri Masih Bersuamikan Lelaki Lain!

isteri orang

Segala kejanggalan itu makin terasa apabila anak yang dilahirkan mereka pada 28 Februari 2025 disahkan mengalami masalah kesihatan serius. Walaupun Syed bertanggungjawab membayar semua kos rawatan di hospital swasta, dia langsung tidak dibenarkan menjenguk anaknya.

Una mendakwa bayi itu tidak sah taraf, menyebabkan Syed hanya mampu akur tanpa banyak soal. Katanya, seolah-olah ada ‘ilmu’ yang membuat dia mempercayai setiap kata-kata wanita itu tanpa curiga. Kecurigaan keluarga Syed akhirnya terjawab selepas menyiasat latar belakang Una. Rupa-rupanya, wanita itu masih mempunyai suami sah dan sudah pun mempunyai anak bersama lelaki tersebut.

Lebih mengejutkan, suami pertama Una dikatakan turut bersekongkol dalam penipuan besar-besaran itu, termasuk menggunakan dokumen penceraian palsu bagi memperdaya Syed!

Selepas kebenaran terbongkar, Syed tampil membuat laporan polis terhadap Una dan keluarganya atas dakwaan penipuan serta pemalsuan dokumen. Kes ini kini dalam siasatan pihak berkuasa, dan suami sah Una juga dilaporkan telah ditahan oleh Pejabat Agama bagi membantu siasatan lanjut.

*Bahaya betul zaman sekarang, lelaki pun boleh ‘dimadukan’….Terbaharu, ‘suami pertama’ mendakwa dah lama bercerai dengan isterinya. Dia turut mencabar ‘suami kedua’ untuk sama-sama pergi ke Pejabat Agama bagi memeriksa kesahihan penceraian mereka.

Baca lagi: Hak Isteri Pertama Tetap Nombor Satu, Isteri Kedua Kena Tahu..

Sumber: Tiktok 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×