Euforia Bola 2026
Dapur

Pendakwah Jelaskan Kenapa Daging Korban Perlu Masuk Chiller 7 Jam, Kemudian Baru Boleh Masak

masak daging korban

Setiap kali tiba Aidiladha, ramai yang terus mengambil peluang masak daging korban sebaik sahaja daging sampai ke rumah kerana menganggap ia masih segar dan lebih sedap dimakan.

Namun menurut pendakwah bebas, Syamsul Debat, ada cara yang lebih baik dan bersih untuk mengendalikan daging korban sebelum dimasak.

Baca juga: Selain Gemuk & Sempurna Fizikal, Ramai Baru Tahu 6 Warna Haiwan Korban Ini Juga Kena Utamakan!

SEBAB SIMPAN 7 JAM DALAM CHILLER SEBELUM MASAK DAGING KORBAN

masak daging korban

Gambar hiasan: Gemini AI

Menerusi satu perkongsian video di TikTok @syamsuldebatofficial, beliau menjelaskan bahawa daging yang baru diterima selepas proses korban dan sembelihan tidak semestinya terus dimasak.

Sebaliknya, daging tersebut perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas bertutup dan disimpan di bahagian chiller, bukannya freezer.

“Daging yang sedap dan sihat untuk dimakan selepas proses korban dan sembelihan ialah daging yang dicuci bersih-bersih, kemudian masukkan dalam bekas bertutup dan simpan di bahagian chiller, bukan di bahagian beku,” katanya.

Beliau berkata, daging tersebut disarankan dibiarkan dalam keadaan sejuk selama kira-kira tujuh jam sebelum dicuci sekali lagi dan dimasak seperti biasa.

Baca juga: Resepi Sup Tulang Lembu Dengan Kuah Pekat, Kisar 2 Bahan Rahsia Ini!

Dakwa proses itu bantu keluarkan darah dengan lebih sempurna

Menurut Syamsul Debat lagi, tempoh simpanan di bahagian chiller itu dipercayai membantu darah dalam daging turun dan keluar dengan lebih sempurna.

“Biarkan dalam chiller selama kira-kira tujuh jam. Selepas tujuh jam, darah dalam daging akan turun dengan lebih sempurna. Kemudian, barulah kita cuci sekali lagi sebelum dimasak,” ujarnya.

Tambahnya, ramai orang sering tergesa-gesa untuk memasak daging korban kerana menganggap daging yang masih fresh lebih baik dimakan.

Namun katanya, daging yang belum melalui proses penyejukan dan pembersihan yang betul mungkin masih mempunyai sisa darah yang belum keluar sepenuhnya.

Baca juga: Ini Amalan Boleh Buat Pada Bulan Zulhijjah, Jangan Lepas Peluang Rebut Pahala!

masak daging korban

Gambar hiasan: Gemini AI

Pengendalian daging perlu dititikberatkan

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa dalam sudut pandang Islam, darah dianggap sebagai najis dan proses pengendalian daging yang tidak sempurna boleh memberi kesan kepada kebersihan serta kesihatan.

“Itu adalah kaedah yang terbaik menurut kajian yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan juga pihak Veterinar,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai warga maya yang mengakui baru mengetahui mengenai kaedah penyimpanan daging korban sebelum dimasak.

@syamsuldebatofficial DAGING 7 JAM? “Assalamualaikum semua 🌸 Jangan lupa ya, ini hanyalah sedutan ringkas daripada ceramah penuh. Untuk tonton versi penuh, jom singgah ke Channel YouTube rasmi SD 👉 Syamsul Debat TV. Selamat menonton, semoga bermanfaat dan diberkati selalu ✨” #fypppppppppppppp #fyp #syamsuldebat #foryoupage ♬ original sound – Syamsuldebat

Sumber: TikTok @syamsuldebatofficial

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×