Euforia Bola 2026
Dapur

Ini 10 KESILAPAN Simpan Daging Korban Yang Ramai Pernah Buat, Patut Tak Tahan Lama!

simpan daging korban

Simpan daging korban dengan cara yang betul sangat penting demi memastikan kualitinya kekal segar dan selamat dimakan.

Ramai antara kita mungkin tak sedar, beberapa kesilapan kecil semasa menyimpan daging boleh menyebabkan ia cepat rosak, hilang rasa, atau lebih membimbangkan menjadi risiko kepada kesihatan.

Baca juga: Sayang Nak Buang Makanan Berkulat? Ini Sebab Jangan Buat Macam Itu – Nasihat Daripada Dr Izzar

10 KESILAPAN SIMPAN DAGING KORBAN

simpan daging korban

Sempena musim ibadah korban ini, mari sama-sama ambil tahu dan elakkan 10 kesilapan yang biasa berlaku agar daging korban boleh dinikmati dengan lebih yakin dan berkat bersama keluarga seperti di bawah.

“Ramai ingat simpan daging dalam peti dah selamat, tapi rupanya banyak kesilapan kecil boleh buat daging cepat rosak, hilang rasa, atau lebih teruk. Membahayakan kesihatan.

“Musim korban ini, jaga cara simpan daging supaya keluarga dapat makan dengan yakin dan selamat. Elakkan 10 kesilapan ini, Insha Allah daging lebih tahan lama dan kekal segar,” jelas Public Health Malaysia di hantaran Facebook semalam.

Baca juga: Resipi Peach Gum Enak Berkhasiat, Kaya Dengan Herba Yang Boleh Buat Kulit Anjal & Gebu!

1. Simpan daging panas terus dalam peti sejuk

  • Daging yang masih panas menyebabkan wap air terkumpul, mudah rosak dan berbau.

2. Cuci daging sebelum simpan

  • Kalau dah cuci daging atau ayam, jangan simpan lama-lama. Terus masak sebab daging basah mudah busuk dan cepat rosak!
  • Bila cuci daging mentah, air yang terpercik boleh menyebarkan kuman (Salmonella dan Campylobacter) ke permukaan dapur, sinki, tangan dan makanan lain.
  • Daging yang basah mudah rosak kerana air yang tinggal boleh mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan buat tekstur daging jadi kurang elok.

3. Tak bahagi ikut saiz masakan

  • Simpan satu ketul besar terus, akhirnya kena cairkan semua sekali walau nak guna sikit sahaja.

4. Guna plastik biasa atau warna

  • Elak guna plastik bukan food grade dan ada bahan kimia berbahaya kerana pewarna dari plastik boleh larut ke dalam daging, terutama bila daging masih basah atau lembap.
  • Elak plastik berwarna atau plastik pasar boleh cemar daging dengan bahan kimia.
  • Pilih plastik lutsinar khas untuk makanan seperti plastik ziplock kerana ia tebal dan boleh tutup rapat.
  • Boleh juga menggunakan plastik PE (polyethylene) atau PP (polypropylene) lutsinar.

5. Simpa terlalu penuh

  • Ruang tak cukup udara, suhu tak sekata.
  • Daging lambat beku dan cepat rosak.

Baca juga: Kerap Makan Oat Jadi Penyebab Wanita Ini Menggigil Satu Badan, Puncanya Risau Berat Badan Naik!

6. Tak label tarikh simpan

  • Tak label tarikh simpan boleh lupa daging mana baru dan mana yang lama, lalu menyebabkan termakan daging rosak.
  • Daging lembu atau kambing mentah boleh bertahan 6 hingga 12 bulan jika dibungkus rapi dalam plastik food grade atau ziplock dan tidak dibuka tutup banyak kali.
  • Pilih pen penanda kekal

7. Tak keluarkan udara sebelum simpan

  • Udara yang terperangkap percepatkan proses rosak dan buat daging kering (freezer burn).

8. Daging bersentuh dengan bahan lain

  • Mudah berlaku ‘cross-contamination’ dengan makanan lain dalam peti sejuk.

9. Simpan di bahagian bawah peti (bukan di freezer)

  • Daging tak cukup sejuk, bakteria mudah membiak.
  • Pastikan suhu freezer –18°C atau lebih sejuk (standard kebanyakan peti sejuk beku rumah).
  • Daging dalam freezer tahan hingga setahun, asalkan suhu cukup sejuk dan dibungkus rapi. Tapi untuk rasa terbaik, elok habiskan dalam 6 bulan!

10. Beku cair berulang kali

  • Proses ini merosakkan tekstur daging dan risiko bakteria makin tinggi.

Baca juga: Petua Hilang Letih Badan Paling BERKESAN, Masa Mandi Jirus Air Rebusan Ini!

Sumber: Public Health Malaysia

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×