Euforia Bola 2026
Famili

Hantaran Belum Dibuka, Pengantin Lelaki Maut Dalam Kemalangan Tragis..Majlis Bertandang Tinggal Angan-Angan

pengantin baru

Satu tragedi menyayat hati berlaku di Jalan Kuchai Lama apabila seorang lelaki muda bergelar pengantin baru, Muhammad Harish Aiman, maut dalam kemalangan jalan raya hanya beberapa hari selepas bergelar suami.

Lebih memilukan, arwah yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 7 November 2025 di Pahang, sepatutnya mengadakan majlis bertandang di pihak lelaki pada 13 Disember 2025 lalu. Namun, semua perancangan itu terhenti apabila ajal menjemputnya lebih awal.

Baca juga: Tular 200K Tontonan, Isteri Pertama Tabah Siapkan Suami Bernikah Lagi.. Luahan ‘Demi Anak, Saya Kena Kuat’ Undang Air Mata Netizen

HANTARAN BELUM DIBUKA, PENGANTIN BARU MAUT DALAM KEMALANGAN TRAGIS

pengantin baru

Foto: Tiktok @scrttothecore

Menerusi satu hantaran tular lebih 5.1 juta tontonan di TikTok yang dimuat naik oleh ahli keluarga arwah, mereka berkongsi rasa reda bercampur pilu atas pemergian insan tersayang itu.

“Kita hanya mampu merancang, tapi Allah menentukan segalanya,” tulis keluarga arwah ringkas, namun sarat makna.

Difahamkan, Allahyarham yang dikenali sebagai seorang pekerja J&T Express yang berdedikasi turut menggubah sendiri hantaran perkahwinan buat isteri tercinta bagi majlis bertandang yang dirancang. Malangnya, segala usaha dan kasih sayang yang dicurahkan itu hanya tinggal kenangan.

“Hantaran semua hasil air tangan arwah sendiri. Tak sempat arwah nak merasa semua barang hantaran. Preparation doorgift untuk majlis bertandang 13 Disember semua dah siap, tinggal tunggu hari saja… tapi semuanya kini jadi kenangan,” luah ahli keluarga.

Menurut maklumat dikongsikan, kemalangan tersebut berlaku pada jam 12.20 tengah malam, Ahad, 8 Disember lalu, apabila motosikal yang ditunggangi Allahyarham dilanggar sebuah kereta di Jalan Kuchai Lama.

Pemergian mengejut itu bukan sahaja meruntun hati keluarga dan isteri yang baru dinikahi, malah turut mengundang simpati ramai netizen yang mengikuti kisah ini di media sosial.

Sehubungan itu, pihak keluarga arwah berharap agar individu yang terlibat dalam kemalangan tersebut tampil memberi kerjasama dan keterangan bagi menegakkan keadilan buat Allahyarham.

“Kami berharap pelaku berani muncul dan memberi keterangan,” kata wakil keluarga.

pengantin baru

Foto: Tiktok @scrttothecore

VIDEO RAKAMAN DASHCAM TULAR, BANTU SIASATAN

Foto: Tiktok @scrttothecore

Menurut laporan terbaharu Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kertas siasatan awal yang dibuka mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 41(1) akta sama.

Katanya lagi, keterangan pemandu kereta sudah direkodkan dan kertas siasatan kini sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Maka, orang ramai yang menyaksikan kejadian termasuk pemilik rakaman kamera papan pemuka diminta tampil membantu dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Salehuddin Musa di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kisah ini sekali lagi menjadi peringatan bahawa hidup ini terlalu singkat dan segala perancangan manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Semoga roh Allahyarham Muhammad Harish Aiman dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, manakala ahli keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan menghadapi ujian berat ini. Aamin…

@scrttothecore #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #viral #harishaiman #langgarlari😭 ♬ suara asli – 🎶🎧🎶 – Fakta Pangea

Baca juga: Kad Kahwin Tahun 1963 Kembali Viral, Siap Letak Pekerjaan Pengantin Supaya Orang Ramai Tahu!

Sumber: Tiktok @scrttothecore, Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×