Seorang lelaki mencetuskan perhatian apabila mendedahkan dirinya masih seorang penerima STR walaupun memiliki beberapa buah rumah sewaan. Dalam perkongsian yang tular, dia menceritakan pengalaman mengurus kewangan dan aset peribadi sejak bertahun lalu.
Di mana, lelaki berkenaan mengakui memiliki enam hingga tujuh buah rumah bernilai antara RM35,000 hingga RM350,000 yang dibeli sejak 2007 sehingga 2025.
Baca juga: Pengantin Dibungkus Seperti Hadiah, Adat Unik Kaum Bajau Keturunan Dayang Tarik Perhatian!
PENERIMA STR DEDAHKAN DIRINYA MEMILIKI 6 BUAH RUMAH SEWA

Rumah-rumah ini dijadikan sebagai aset sewaan, sementara dia turut menyiapkan pelaburan simpanan untuk anak-anak dan menanggung beberapa komitmen bulanan seperti bayaran hartanah dan kenderaan.
Menurutnya, dia memilih untuk kekal dalam kategori pendapatan B40 supaya anak-anak terus layak mendapat kemudahan pendidikan tertentu, termasuk biasiswa.
Baca juga: Tragis…Penuntut Kolej Maut Selepas Motosikal Dirempuh Kereta Di Lebuhraya Senai–Desaru

Selain bantuan STR, individu terbabit turut dilaporkan menerima zakat, walaupun ekonominya sudah berada pada tahap selesa. Hal ini menyebabkan warga maya nekad membongkar identiti lelaki itu habis-habisan.
Selain itu, beberapa pihak kemudian dipercayai membuat aduan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenai status pendapatan dan cukai lelaki itu.

Baca juga: Hilang 6 Ahli Keluarga Di Sungai Korok, Putri Qisya Tunaikan Hasrat Arwah Ibu Bapa Terpilih Ke MRSM!
Sumber: Threads @peacemindreset
FT Image: mykasih / gpointstudio
