Euforia Bola 2026
Famili

Rawatan Di Klinik Swasta Terpilih Kini Percuma, Penerima STR Tak Perlu Bayar!

penerima STR

Sejak dilancarkan pada 15 Jun 2023, penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) kini boleh menarik nafas lega apabila Skim Perubatan MADANI membuka peluang untuk mereka mendapatkan rawatan percuma di klinik swasta terpilih tanpa perlu risau soal bayaran.

Melalui kerjasama dengan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth), skim ini menawarkan rawatan akut secara percuma kepada penerima STR yang layak di seluruh Malaysia.

Baca juga: JKM Melaka Cari Waris Bayi Perempuan Ditinggal Di Taska, Dah 3 Bulan Berlalu Tiada Siapa Datang Ambil

PENERIMA STR LAYAK TERIMA RAWATAN PERCUMA DI KLINIK SWASTA TERPILIH

penerima STR

Gambar: Facebook ProtectHealth Corporation

Buat masa ini, kemudahan ini tersedia di sepuluh kawasan terpilih iaitu:

  1. Kuala Lumpur
  2. Selangor (Gombak, Hulu Langat, Petaling, Klang)
  3. Johor (Johor Bahru)
  4. Perak (Kinta)
  5. Pulau Pinang (Timur Laut)
  6. Sabah (Kota Kinabalu)
  7. Sarawak (Kuching)

Antara perkhidmatan percuma yang ditawarkan termasuk:

  • Konsultasi doktor
  • Pemeriksaan kesihatan
  • Ubat-ubatan
  • Prosedur asas
  • Rujukan susulan (jika perlu)

Had peruntukan yang disediakan mengikut kategori adalah seperti berikut:

  • RM250 untuk setiap isi rumah berkeluarga
  • RM125 untuk warga emas tanpa pasangan
  • RM75 untuk kategori bujang

Baca juga: SST 8% Mula 1 Julai, Ramai Bujang Dah ‘Panas Punggung’ Kos Kahwin Naik Harga!

Cara nak mendapatkan rawatan?

Mudah sahaja! Penerima STR yang layak hanya perlu bawa kad pengenalan ke klinik swasta berdaftar. Tiada pendaftaran awal diperlukan.

Untuk menyemak kelayakan dan mencari klinik terdekat, orang ramai boleh melayari laman web rasmi ProtectHealth di bahagian Skim Perubatan MADANI.

ProtectHealth selaku pelaksana skim ini yakin Skim Perubatan MADANI bukan sahaja memberi akses lebih luas kepada perkhidmatan kesihatan, tetapi turut membantu meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah.

Dengan penglibatan lebih banyak klinik swasta, diharapkan kebajikan kumpulan B40 dapat terus diperkasa dan dijaga dengan lebih baik.

Baca juga: Rezeki Lepasan STPM! KPM Tawar 300 Biasiswa Jadi Guru Di Universiti Awam

Sumber: Lobak Merah

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×