Euforia Bola 2026
Famili

“Orang Pertama Dalam Keluarga Pergi Sekolah” – Anak Kampung Raih Anugerah Dekan Columbia University!

anugerah dekan

Bagi mereka yang lahir dalam keluarga kurang berkemampuan, liku-liku kehidupan yang dilalui pastinya cukup mencabar. Namun, segala kesusahan itu sering menjadi pendorong untuk mencipta kejayaan luar biasa terutama dalam bidang pengajian sehingga berjaya merangkul Anugerah Dekan di universiti antarabangsa!

Inilah kisah di sebalik kejayaan seorang anak perempuan bukan sekadar membawa segulung ijazah dari universiti tersohor dunia, tetapi menjadi simbol cinta, harapan, dan perjuangan seorang ibu yang tidak pernah kenal erti penat lelah.

Baca juga: 30 Senarai Bantuan Kewangan Pendidikan Untuk Pelajar IPT, Jangan Lupa Mohon!

Kejayaan Anak Keluarga B40 Raih Anugerah Dekan di Columbia University Cetus Inspirasi

anugerah dekan

Begitulah kisah inspirasi yang dikongsikan oleh pengguna Threads @exzzys atau nama sebenarnya, Azida, mengenai perjalanan akademiknya yang penuh semangat dan pengorbanan hingga berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Meskipun berasal daripada keluarga yang tidak berpendidikan tinggi, Azida menjadikan ibunya sebagai sumber kekuatan utama dalam menempuh alam pembelajaran. Menurutnya, setiap impian yang ditanam sejak kecil disandarkan sepenuhnya kepada harapan ibu bapa yang ingin melihat kejayaan anak mereka mengubah nasib keluarga.

Berbekalkan doa yang tidak pernah putus serta azam yang teguh, Azida berjaya meraih Anugerah Kecemerlangan Dekan daripada Columbia University! Ini merupakan sebuah pengiktirafan yang membuktikan bahawa latar belakang bukanlah halangan untuk menjadi seorang yang berjaya.

“Saya orang pertama dalam sejarah keluarga ibu saya yang berpeluang ke sekolah. Sebenarnya saya tidak selalu suka belajar. Namun, semuanya berubah apabila saya melihat betapa gembiranya Ibu setiap kali saya berjaya. Ibu selalu berpesan, ‘Orang tak berpelajaran macam Ibu ni selalu kena hina’. Dari situlah saya tanam azam selagi saya hidup, saya nak angkat nama Ibu. Saya nak orang pandang Ibu dengan rasa hormat,” kongsi Azida dalam hantaran tersebut.

“Today, I’ve been named the recipient of the Dean’s Excellence Award by Columbia University,” katanya lagi.

NETIZEN PUN SEBAK…

anugerah dekan

Perkongsian itu meraih perhatian warga maya, yang rata-ratanya tumpang bangga dan sebak dengan pencapaian yang diraih oleh Azida. Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen:

“Tahniah adik! I may not know you but I’m making du’a that you will succeed in both dunya and akhirah, “ netizen.

“Congratulations Azida! You are a smart, kind, beautiful girl. Acik doakan semoga Azida sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa di sana, di perantauan jauh dari kasih keluarga,” netizen.

Azida juga memaklumkan bahawa beliau merupakan individu pertama dalam keluarganya yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi, sekaligus membuktikan bahawa impian mampu dicapai dengan usaha dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada insan tersayang. Tahniah!

Baca juga: Netizen Setuju 100% ‘Common Sense’ Perlu Dididik Dari Rumah Terutamanya Anak Lelaki, Elak Jadi Beban!

Sumber: Threads @exzzys

Foto: Ryan Murphy/Reuters via The Guardian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×