Euforia Bola 2026
Rakyat

“Pengotor & Tak Ada Adab!”- Netizen Berang Aksi Pelanggan ‘Test’ Sikat Rambut Di Pasar Raya, Tak Beli Pun

sikat rambut

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila satu keluarga didakwa mencuba sikat rambut di sebuah pasar raya terkenal sebelum meletakkannya semula di rak jualan tanpa membeli.

Tindakan itu segera mengundang perhatian ramai kerana dianggap tidak beradab dan boleh mendatangkan risiko kepada orang lain. Tak fikir kotor?

Baca juga: “Waktu Angkat Badannya Ringan Macam Kertas!”- Lelaki Nekad Selam Lubang Kumbahan Selamatkan Murid Tahun 3 Lemas

CUBA SIKAT RAMBUT DI PASAR RAYA, LEPAS SIKAT LETAK BALIK…”PENGOTOR!”

sikat rambut

Perkongsian dari tuan badan yang merupakan seorang ibu itu telah mendapat tontonan lebih 1 juta. Namun, apa yang perlu sedar adalah penggunaan barangan peribadi seperti sikat rambut secara terbuka di pasar raya bukan sekadar kurang sopan, malah boleh membawa kepada masalah kesihatan. Netizen mengingatkan, sikat yang telah digunakan berpotensi menjadi medium penyebaran masalah kulit kepala seperti:

  • Kutu rambut
  • Kelemumur
  • Keruping atau jangkitan kulit

Masalah ini mungkin tidak disedari pembeli seterusnya, sekali gus boleh menyebabkan risiko jangkitan silang (cross contamination).

SI IBU JELASKAN DIA BELI SIKAT LAIN, NETIZEN LAGI MARAH “INI SOAL TANGGUNGJAWAB!”

sikat rambut

Ada juga yang menjelaskan, isu utama bukanlah sama ada pelanggan membeli sikat atau tidak, tetapi tanggungjawab selepas menggunakan. Jika sudah mencuba, sepatutnya pelanggan membeli sikat yang telah digunakan itu, bukannya meletakkan kembali dan memilih yang baharu.

“Bukan kak, bukan itu yang netizen maksudkan. Sikat yang akak dah pakai itu yang perlu dibeli. BUKAN beli sikat yang lain. Ini soal tanggungjawab,” netizen.

Tindakan sebegini turut dianggap memberi contoh yang kurang baik kepada anak-anak. Ramai yang berpendapat, sikap “ambil, cuba, letak semula” tanpa membeli mencerminkan kurangnya adab dalam membeli-belah.

“Sebab ini lah saya tak ambil barang depan-depan. Saya sanggup pilih barang di bahagian belakang walaupun kena susun semula. Takut orang dah cuba depan tu,” netizen.

Jadi, wahai rakyat Malaysia semua, sebagai pengguna, kita semua mempunyai tanggungjawab menjaga kebersihan, kesopanan dan adab ketika membeli-belah. Jika mahu menggunakan sesuatu barang, pastikan ia dibeli dahulu. Tindakan kecil ini bukan sahaja melindungi diri sendiri, tetapi juga orang lain daripada risiko kesihatan yang tidak diingini.

@lifewith5rose mydin core hahahaha.. @mydinmalaysia #fyp #mydin ♬ original sound – ⠀ ⠀ ⠀ ⠀ ⠀᠌  ︎ ︎⠀ ⠀ – _certfied.cjae

Baca juga: Ayah Meninggal Sebulan Sebelum Daftar, Pelajar Yatim Piatu Heret Bag Masuk UUM Sendirian Undang Air Mata..

Sumber: Tiktok, Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×