Baru-baru ini, perkongsian seorang graduan di media sosial mencuri perhatian ramai apabila dia menerima sekeping nota ucapan tahniah daripada individu yang langsung tidak dikenalinya. Apa yang lebih mengharukan, nota tersebut ditinggalkan hanya kerana individu berkenaan ternampak sijil dekan miliknya yang berada di dalam kereta.
Baca juga: “Greenflag Man Masih Dalam Training!”- Ibu Kongsi Cara Didik Anak Lelaki Jadi Gentleman Raih Pujian
INGATKAN SURAT SAMAN, RUPANYA NOTA UCAPAN TAHNIAH

Foto: Threads @fnieyyy
Menerusi perkongsian itu, graduan berkenaan memaklumkan dia singgah menjamu selera di sebuah restoran sebagai ganjaran kepada diri sendiri selepas berjaya memperoleh sijil dekan.
Namun, sebaik sahaja kembali ke keretanya, dia menyedari terdapat sekeping kertas yang diselitkan pada pengelap cermin hadapan.
Pada mulanya, dia menyangka kertas tersebut ialah surat saman.
“Ya Allah comelnye! Tadi singgah makan Gepuk Jogja self reward. Keluar kedai ingatkan surat saman, tak expect ada yang tulis ni. Terima kasih stranger! Semoga trafik light hijau selalu.”
Rupa-rupanya, kertas itu merupakan nota ucapan tahniah daripada individu yang tidak dikenali.
Pada nota tersebut tertulis:
“Congrats. Dean List. Semoga terus success.”
Ucapan yang ringkas itu ternyata berjaya menceriakan harinya dan membuatkan ramai netizen turut tersentuh apabila membaca perkongsian tersebut.
Sijil Dekan Jadi Inspirasi Orang Awam Tinggalkan Nota

Foto: Threads @dygku.afiqah dan @anonymouslyhani
Lebih mengharukan, pemilik nota berkenaan akhirnya tampil di ruangan komen dan menceritakan bagaimana idea itu tercetus.
Menurutnya, mereka kebetulan meletakkan kenderaan bersebelahan sebelum terlihat sijil dekan yang berada di dalam kereta graduan tersebut.
“Hi awak, ni saya yang tulis tadi. Kebetulan kami park sebelah kereta awak. Adik saya gigih carikan kertas dengan pen nak suruh saya tuliskan. Ada pakcik tepi kereta awak pun ingat saman tadi, sorry buat awak gelabah. Anyway, congrats again from us.”
Seorang lagi individu yang bersama mereka turut berkongsi bahawa idea itu berlaku secara spontan sebaik ternampak sijil berkenaan.
“That was us! Technically my sister yang tulis. Kami nampak sijil Dean’s List awak masa berjalan balik ke kereta, terus cakap ‘jom tulis something untuk dia’. Nasib baik ada kertas dalam beg. Congrats again okay! Semoga terus berjaya dan bahagia.”
Perkongsian tersebut membuatkan ramai tersenyum kerana tindakan yang kelihatan sederhana itu sebenarnya membawa makna yang cukup besar kepada penerimanya.
Netizen Tersentuh Lihat Kebaikan Orang Yang Tidak Dikenali

Foto: Threads @fnieyyy
Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa terharu melihat masih wujud individu yang sanggup menyebarkan kegembiraan kepada orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Antara komen yang mencuri perhatian ialah:
“Comelnya effort cari paper, pen dan tulis cantik-cantik siap ada love. Semoga pemberi pun akan alami perkara baik macam ni juga.”
Seorang lagi netizen berkata:
“Awww, tahniah dik. Mesti happy sangat kan? Orang panggil saya ‘kakak’ dekat sekolah pun boleh happy satu hari. Apatah lagi bila stranger buat macam ni.”
Tidak kurang juga yang memuji sikap positif masyarakat yang sentiasa mencari peluang untuk menghargai kejayaan orang lain.
“Sebenarnya ramai saja orang yang hatinya baik-baik. Positive vibes sangat. Tahniah juga buat awak, semoga terus cemerlang dan menjadi kebanggaan keluarga.”
Perkongsian ini menjadi bukti bahawa ucapan yang ringkas dan ikhlas mampu memberikan impak yang besar kepada seseorang. Kadangkala, hanya beberapa patah perkataan sudah cukup untuk membuatkan seseorang berasa dihargai, malah menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.
Sumber: Threads @fnieyyy
