Satu kisah menyentuh hati mengenai seorang warga emas baru-baru ini menjadi perhatian ramai selepas dikongsikan oleh Amira Kamaruddin menerusi akaun Threads miliknya.
Perkongsian tersebut menceritakan tentang pemergian ibu saudaranya yang dikenali sebagai Makyah, yang menghembuskan nafas terakhir dalam bulan Ramadan.
DETIK TERAKHIR WARGA EMAS ‘MAKYAH’ YANG HUSNUL KHATIMAH

Allahyarhamah Makyah (tengah) semasa hayatnya.
Menurut Amira, ibu saudaranya yang bernama Kamarul Bariah Binti Kamarul Zaman merupakan seorang pesara penjawat awam yang pernah berkhidmat di UPPM.
Selepas bersara, Allahyarhamah banyak menghabiskan masa dengan menghadiri aktiviti keagamaan di masjid seperti tadarus, marhaban serta majlis khatam Al-Quran.
Amira turut berkongsi bahawa rumah Allahyarhamah terletak betul-betul di hadapan pagar masjid, menjadikannya sangat dekat dengan tempat yang sering diimarahkan sepanjang hidupnya.
“My aunt, we call her Makyah. She lived her life as a retired government servant in UPPM. She then spent her free time going to the mosque and actively participating in a marhaban group,” tulis Amira.
Aktif sertai marhaban dan tadarus setiap tahun
Menurut Amira lagi, setiap tahun Makyah akan menyertai majlis khatam Al-Quran bersama kumpulan wanita yang sama.
“Each year, she would khatam the Quran with these ladies,” kongsinya.
Bagi Amira, suasana ketika mereka berkumpul membaca Al-Quran bersama sentiasa menyentuh hati. “The way the group of ladies look so happy, colourful and united by reciting words of Allah together never fails to melt our hearts.”
Namun di sebalik kehidupan yang aktif di masjid, tidak ramai yang mengetahui bahawa Allahyarhamah sebenarnya sedang melawan barah payudara yang kembali menyerangnya pada usia 71 tahun.
Amira turut memaklumkan bahawa ibu saudaranya dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu selepas menjalani rawatan kemoterapi.
“Makyah was already in the hospital since last week. On Thursday, she wasn’t strong enough to bear the side effect of chemo and we were told she might not have much time,” tulisnya lagi.

Gambar Threads Amira Kamaruddin
Pemergian yang menyentuh hati ramai
Apa yang membuatkan kisah ini begitu menyentuh hati adalah detik terakhir Allahyarhamah yang seolah-olah telah diatur dengan sangat indah.
Pada hari tersebut, sekitar 800 jemaah wanita berkumpul untuk majlis khatam Al-Quran di masjid berkenaan. Ketika majlis berlangsung, pengurus majlis memaklumkan bahawa salah seorang peserta yang telah bersama mereka sejak tahun 2008 telah meninggal dunia.
Mereka kemudian meneruskan bacaan Al-Quran dan menghadiahkannya buat Allahyarhamah.
“Alhamdulillah, today she gets to be with 800 ladies that gathered for today’s khatam Quran for the last time during this holy month,” kongsi Amira.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai warga maya yang tersentuh dengan kisah berkenaan. Antara komen yang ditinggalkan oleh pengguna Threads ialah,
“Takziah buat keluarga arwah. Saya juga berada di sana tadi. Bila ustazah memberitahu ada jenazah di sebelah kanan masjid, wanita yang selalu bersama majlis khatam. Jujurnya saya rasa beliau sangat bertuah dan insan yang dipilih Allah.”
Seorang lagi pengguna turut berkongsi pengalaman mengenali Allahyarhamah.
“Dia jiran saya di Kawasan Melayu PJ. Dia baru sahaja khatam Al-Quran bersama ibu saya dan kumpulannya. Al-Fatihah, semoga Allah mengurniakan syurga buatnya.”
Ada juga yang mendoakan agar pengakhiran yang baik seperti itu dapat dikurniakan kepada semua.
“Subhanallah, pengakhiran yang sangat indah. Semoga Allah kurniakan husnul khatimah dan Jannatul Firdaus buat Allahyarhamah.”
Kisah ini turut membuatkan ramai tersentuh kerana cara hidup Allahyarhamah yang sentiasa mengimarahkan masjid seolah-olah menjadi saksi kepada pengakhiran hidupnya yang penuh makna.
Baca juga: “Dia Cuma Ada Saya..”- 10 Tahun Adik Lumpuh, Kakak Sulung Ini Cekal Pegang Amanah Arwah Ibu & Ayah
Sumber: Threads @octobugg
FT Image: Threads @octobugg
