Euforia Bola 2026
Inspirasi

Tular Pak Cik E-Hailing Baik Hati Hantar Ke Hospital, Kini Kembali Bertemu Semula Di Majlis Konvo Si Gadis!

pemandu e-hailing

Menerusi platform Threads, saudari Mirzahiraa pernah tular sebelum ini apabila berkongsi bagaimana seorang pemandu e-hailing warga emas membantunya ke hospital saat dirinya jatuh sakit. Ketika itu, dia berada jauh dari keluarga dan wang di tangan pula tidak mencukupi.

Bantuan yang diberikan pak cik tersebut bukan sekadar menghantar, malah turut menghulurkan sedikit duit belanja yang meninggalkan kesan mendalam pada hidupnya.

Baca juga: Hebat! Bapa Usia 57 Rela Ambil Semula SPM Matematik & Add Math Demi Jadi ‘Rakan Belajar’ Anak

PERTEMUAN SEMUA PEMANDU E-HAILING & GADIS MASTER

pemandu e-hailing

Gambar: Threads @mirzahiraa

Selepas beberapa bulan berlalu, rezeki Allah sekali lagi memanggil mereka untuk bertemu, kali ini dalam momen graduasi Ijazah Sarjana di UKM, Bangi. Lebih manis, ibu bapa Mirzahiraa juga turut serta bertemu dengan insan yang pernah menjadi ‘ayahnya untuk sehari’.

Dalam hantaran yang dimuat naik oleh Mirza di Threads, dia begitu teruja apabila dapat bertemu semula dengan pemandu tersebut.

“Korang ingat tak pak cik grab tular sebab tolong saya hari itu. Kami ada berjumpa semalam. Lepas saja majlis graduasi, keluar bawa keluarga jumpa pakcik. Pakcik yang jadi ayah saya untuk sehari, akhirnya bertemu dengan ayah sebenar saya,” katanya.

Ayat itu sendiri cukup menggambarkan betapa besar erti silaturrahim dan budi yang dibalas dengan penghargaan. Tidak hairanlah perkongsian itu kembali tular dan menerima ratusan respons dari warga maya yang tersentuh.

Baca juga: Selepas Ambil 10 Kali SPM & 2 Kali STPM, Pemuda OKU Ini Bangkit Dan Akhirnya Berjaya Jadi Guru Di Usia 37!

pemandu e-hailing

Gambar: Threads @mirzahiraa

Antara komen-komen yang mencuri perhatian:

“Alhamdulillah. Tahniah dik, dah convo. Bagusnya adik menemukan mak ayah dengan pak cik Grab yang budiman ini. Begitulah kita, orang berbudi kita berbahasa. Semoga semua dalam gambar ini dirahmati Allah selalu.”

“Tahniah konvo master dik…teruskan bersilaturrahim. Semoga sihat-sihat semuanya mak ayah dan pak cik.”

“Thanks to your parents that always doakan kebaikan untuk you. Maka, hadir lah yang baik-baik dalam hidup you.”

“Tengok rupa mak ayah awak dah tahu kenapa Allah temukan awak dengan orang baik, sebab parents awak sendiri dah nampak kebaikkannya.”

“Kak, aku dari Indonesia. Thread kakak soal pak cik Grab ini dulu lewat di timeline aku, sekarang pun lewat lagi di aku. Sihat selalu pak cik Grab dan kakak berserta keluarga.”

Komen-komen ini menjadi saksi bahawa kebaikan tidak pernah mengenal sempadan negara dan doa ibu bapa itu sendiri adalah magnet kepada rezeki yang baik dan pertemuan dengan insan-insan yang berhati mulia.

Baca juga: Erra Fazira Bangga Anak Terbit Buku Pertama Inspirasi Kisah Fatimah Az-Zahra, Engku Emran Luah Rasa Syukur

Sumber: Threads @mirzahiraa

FT Image: Threads @mirzahiraa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×