Euforia Bola 2026
Famili

Pak Cik E-Hailing Berhati Mulia Selamatkan Gadis Sakit Yang Merantau, Sampai Sanggup Bagi Duit Belanja!

pemandu grab

Dalam kehidupan merantau, bantuan manusia berhati mulia kadang-kadang datang pada saat yang paling tidak disangka. Seperti mana dilalui seorang gadis ini yang sedang menghadapi masalah kesihatan mendadak dan kemudiannya mendapat pertolongan luar biasa daripada seorang pemandu Grab.

Kisah ini dikongsikan oleh pemilik media sosial Threads, Mirzahiraa Ismail, yang berasal dari Perak dan kini bekerja di daerah lain tanpa ditemani keluarga.

Baca juga: Guru Agama Dipenjara & Disebat, Akibat Sentuh Pinggang Pelajar Perempuan Di Surau Sekolah!

PEMANDU GRAB BAIK HATI SELAMATKAN GADIS SAKIT MERANTAU

pemandu grab

Kejadian berlaku awal pagi Ahad lalu apabila Mirzahiraa bangun dalam keadaan menggigil dan perlu mencari klinik yang buka, namun kebanyakan klinik ketika itu ditutup. Dalam ketakutan dan kelemahan, dia cuba menghubungi teman lelaki tetapi tiada jawapan.

Tidak putus asa, Mirzahiraa menghubungi perkhidmatan Grab walaupun hanya memiliki RM30. Ketibaan pemandu Grab itu kemudian menjadi titik perubahan.

Sebaik pemandu Grab itu tiba, lelaki berkenaan segera bertanya mengenai keadaannya sebelum meyakinkan bahawa soal bayaran bukan masalah.

“Pak cik itu nak bawa saya ke hospital swasta, tapi saya takut tak cukup duit. Akhirnya dia bawa saya ke hospital kerajaan,” katanya.

Lebih mengharukan, pemandu Grab itu bukan sahaja menghantarnya ke pintu Jabatan Kecemasan, malah membelikannya sarapan dan memberikan sedikit wang belanja.

Baca juga: Selepas Hilang Seluruh Keluarga Akibat Covid-19, Cikgu Param Terbaring Lemah Kerana Tumor & Mohon Bantuan!

pemandu grab

“Dia siap WhatsApp tanya keadaan saya dan tawarkan bantuan lain. ALLAH permudahkan segalanya melalui pakcik Grab itu,” luahnya.

Mirzahiraa turut menggesa orang ramai yang menggunakan perkhidmatan pemandu Grab ini supaya memberi penilaian lima bintang sebagai tanda penghargaan terhadap kebaikan dan keikhlasannya.

Kisah itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada warga maya, sekali gus mengingatkan kita bahawa di sekeliling masih wujud insan berhati mulia yang sanggup membantu tanpa mengira balasan.

Baca juga: 3 Individu Panjat Papan Tanda Jalan Ikut Trend “Maui Wowie”, DBKU Bakal Ambil Tindakan Lapor Polis!

Sumber: Threads @mirzahiraa

FT Image: Threads @mirzahiraa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×