Euforia Bola 2026
Famili

Muna Qaisara Dah Ditemui, Selepas 4 Hari Hilang Dari Asrama Sekolah!

muna qaisara

Pelajar Tingkatan Tiga, Muna Qaisara Muhammad Budiman, yang dilaporkan hilang dari asrama di daerah ini sejak empat hari lalu telah dijumpai.

Pelajar berusia 15 tahun itu, disahkan ditemui dalam keadaan selamat pada petang Rabu.

Baca juga: Gaji RM1.7K Boleh Bersara Dengan Simpanan 1 Juta, Jika Lakukan Tips Dari KWSP Ini!

MUNA QAISARA DIJUMPAI SELAMAT

muna qaisara

Foto ihsan keluarga Muna Qaisara: Muna Qaisara disahkan ditemui dalam keadaan selamat pada petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Butiran lanjut akan dikongsikan selepas ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Baca juga: “Kena Belasah Dah Sekor Sekor…” Mesej 6 Bulan Sebelum Zayn Rayyan Maut Didedahkan Di Mahkamah!

Muna Qaisara hilang sejak Sabtu dapat perhatian Exco Pendidikan Negeri Terengganu

Selasa minggu ini, media tempatan melaporkan keluarga pelajar berkenaan membuat laporan polis pada Ahad lalu selepas menerima maklumat bahawa anak mereka tiada di asrama dan gagal dihubungi.

Kali terakhir remaja terbabit dilihat memakai jubah merah hati dan tudung krim pada petang kejadian, Sabtu lalu.

Kejadian ini telah mendapat perhatian Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Datuk Satiful Bahari Mamat.

Menurutnya, insiden menimpa pelajar berusia 15 tahun itu dalam perhatian dan penelitian pihaknya bagi memastikan ia tidak lagi berulang.

“Semua pihak sedang bekerjasama dengan pihak polis untuk mengesan pelajar berkenaan.

“Buat masa ini, kita doakan agar pelajar tersebut, Muna Qaisara Muhammad Budiman dapat ditemukan dalam keadaan selamat.

“Pelbagai pihak juga turut menganjurkan solat hajat dan doa selamat bagi memohon keselamatan pelajar ini supaya dia dapat segera pulang ke pangkuan keluarga,” katanya ketika ditemui media pada Rabu.

Baca juga: Pemilik Rumah Musnah Sepenuhnya Terima Tunai 10 Ribu & Separa Musnah Dapat 5 Ribu

Sumber: Sinar Harian

FT Image:  Foto ihsan keluarga Muna Qaisara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×