Euforia Bola 2026
Famili

Budak Tingkatan 3 Hampir Diculik Sewaktu Berjoging, Bergelut Hingga Cedera!

mangsa culik

Seorang remaja lelaki berdepan detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik dua individu ketika sedang berjoging di Seksyen 13, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa berusia 15 tahun pada jam 10.42 malam tadi.

Baca juga: Jantung Berdebar Tiba-Tiba Sebenarnya ‘Bisikan’ Awal Masalah Serius, Bukannya Jatuh Cinta!

MANGSA CULIK

mangsa culik

Seorang remaja lelaki cedera selepas bergelut dengan individu tidak dikenali dalam kejadian di Seksyen 13 dekat sini, semalam. – Foto ihsan pembaca

Beliau berkata, dalam kejadian jam 5.15 petang itu, mangsa sedang berjoging seorang diri sebelum didatangi sebuah kereta lama berwarna kelabu dipercayai jenis Proton Saga atau Iswara yang dinaiki dua lelaki.

“Salah seorang suspek kemudian turun dari kereta lalu mengacukan pisau dan mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta.

“Pengadu enggan dan bergelut dengan suspek sebelum berjaya melarikan diri ke pondok pengawal kondominium berdekatan untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga: Bekas Guru Tak Setuju Larangan Raikan ‘Straight A’ SPM, “Nak Jaga Hati Pelajar Lain Punya Pasal!”

Beliau berkata, akibat pergelutan itu, remaja berkenaan mengalami kecederaan kesan luka pada pipi sebelah kanan serta luka di bahagian lengan kanan dan kiri.

Katanya, pengadu sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara penjara sehingga 7 tahun dan boleh dikenakan denda.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun, atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohamad Sabri Abd Rani ditalian 017-2892628,” katanya.

Baca juga: Arab Saudi Iktiraf Malaysia Negara Pertama Di Dunia, Edar Kad Nusuk Kepada Jemaah Haji!

Sumber: Berita Harian

FT Image:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×