Euforia Bola 2026
Famili

[TERKINI] 114 Pelajar MRSM Kuantan Dijangkiti Influenza, Dibenarkan PdPR & Sekolah Tak Ditutup!

mrsm kuantan

MRSM Kuantan mencatatkan sebanyak 114 kes jangkitan influenza membabitkan pelajarnya baru-baru ini, namun pihak berkuasa menegaskan keadaan masih terkawal dan TIADA pelajar dimasukkan ke hospital.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Ir Razali Kassim, memaklumkan bahawa semua pelajar telah dibenarkan pulang bermalam serta menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga 22 Oktober ini sebagai langkah pencegahan.

Baca juga: Polis Sahkan Punca Kematian Murid Tahun 4 Disebabkan Tekanan Pada Leher, Siasatan Rapi Dijalankan!

PELAJAR MRSM KUANTAN DIJANGKITI INFLUENZA

mrsm kuantan

Gambar: Facebook MRSM Kuantan.

Beliau menafikan dakwaan kononnya MRSM Kuantan ditutup akibat wabak berkenaan.

“Dakwaan institusi pendidikan itu ditutup ekoran wabak influenza ini tidak benar kerana 114 pelajar tingkatan empat masih dibenarkan berada di sekolah bagi menduduki peperiksaan khas dengan pemantauan dari sekolah dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan,”
katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Razali, kes pertama mula dikesan pada 5 Oktober, dan sehingga 7 Oktober, 114 pelajar telah disahkan dijangkiti.

Baca juga: Wanita Panik Tertekan Bahasa Inggeris Di Mesin ATM & Terus Keluar Bank Tanpa Duit, Buat Netizen Gelak Sakan

Beliau menjelaskan bahawa jangkitan dipercayai berpunca daripada pelajar yang pulang ke rumah semasa cuti sekolah pada 13 hingga 21 September lalu sebelum kembali ke asrama.

“Penularan jangkitan telah berlaku di sekolah dalam kalangan pelajar melalui aktiviti harian di asrama dan sekolah,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan bersama piak pengurusan MRSM telah melaksanakan langkah-langkah kawalan dan pencegahan bagi membendung penularan wabak tersebut.

“Siasatan lanjut masih diteruskan untuk memantau situasi dan memastikan wabak ini dapat dikawal sepenuhnya. Kluster yang sama turut dikesan di beberapa lagi MRSM dan sekolah berasrama di negeri ini,” jelasnya.

Baca juga: “Umi Jangan Menangis, Alawi Reda Dengan Ujian Allah”- Pelajar Tahfiz Tabah Hidap Penyakit Jantung Jarang Ditemui!

FT Image: BERNAMA / Facebook MRSM Kuantan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×