Seorang pelajar lelaki meninggal dunia selepas menyertai merentas desa di sebuah sekolah yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, 16, dipercayai rebah sebaik tiba di garisan penamat selepas menamatkan larian enam kilometer.
Baca juga: Ibu Ayah Hud Aryan Disiasat Polis, Kronologi Kehilangan Dianggap Kurang Logik
PELAJAR MENINGGAL SELEPAS MERENTAS DESA, REBAH DI GARISAN PENAMAT

Kosmo
Difahamkan, mangsa seorang yang aktif bersukan sebelum ini secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Suasana itu pastinya membuatkan pelajar dan guru panik.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, guru bertugas bersama beberapa pelajar yang juga ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) membawa pelajar itu ke khemah berhampiran dan memberikan bantuan pertolongan cemas.
“Bagaimanapun, pelajar itu tidak memberikan sebarang tindak balas ketika bantuan kecemasan dilakukan. Guru berkenaan menghubungi ambulans dan pelajar itu dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH),” jelasnya.
Pelajar terbabit meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Hasil temu bual dengan bapa mangsa mendapati bahawa anak mereka sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit.
“Semakan juga mendapati bapa mangsa memberi kebenaran bertulis membenarkan anaknya menyertai acara sukan terbabit,” katanya.
Pemeriksaan awal pihak polis mendapati mayat pelajar berkenaan tidak menemui sebarang unsur jenayah atau khianat.
Baca juga: Jangan ‘Give Up’ Hantar & Ambil Anak Balik Sekolah, Momen Paling Ibu Rindu Bila Anak Dah Besar
Sumber: Harian Metro
