Baru-baru ini, satu hantaran yang dibuat seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Qal menjadi tular di media sosial apabila dia berkongsikan sebuah situasi yang menyentuh hati. Di mana, rakaman itu memperlihatkan dua orang murid yang sedang menyertai acara merentas desa sekolah.
Baca juga: Doktor Ini Hasrat Awalnya Nak Ada Lesen Ambulans Sahaja, Tapi Kini Sudah Ada 10 Lesen JPJ!
MURID BANTU RAKAN OKU MERENTAS DESA SEKOLAH

Gambar: TikTok @qalmuhd
Kelihatan, murid lelaki berpakaian baju sukan berwarna merah sedang menolak kerusi roda rakannya yang Orang Kurang Upaya (OKU) di sepanjang jalan di sebuah kawasan perumahan.
Biarpun tindakan itu bakal melambatkan dia dari peserta lain, namun murid itu dilihat seperti tidak berkira untuk menolong sahabatnya hingga ke penghujung larian. Bahkan, siap tersenyum apabila disapa oleh masyarakat di kawasan sekitar.
Murid OKU itu turut dilihat tersenyum gembira kerana dapat menyertai acara tersebut bersama rakan seperjuangannnya yang lain.
“Di saat sahabat lain sedang berjuang merebut tempat pertama…Tapi awak ADIK, sedang memperjuangkan perkara lebih penting dari sebuah pingat, iaitu kasih seorang SAHABAT,” tulis Qal di videonya itu.
Baca juga: 3 Beradik Bangsa Cina Teruja Ikut Berkhatan & Sanggup Bangun 5 Pagi Nak Ikut Rakan Lain!
Baca juga: Idea Derma ‘Uniform’ Terpakai & Gantung Di Ampaian Sekolah Dipuji, Ada Yang Masih Bau Kedai!
“Abang bangga dengan awak dik…”
Sebagai saksi kepada situasi menyentuh hati itu, Qal memuji tindakan murid lelaki berkenaan yang mendahulukan sahabat daripada kemenangan.
“Abang bangga dengan awak dik. Tidak semua orang mampu lakukan macam mana yang awak lakukan.
“Kawan awak mesti tak rasa yang dia kekurangan, kerana dalam kekurangannya hadir insan seperti awak yang mampu beri kelebihan kepada dirinya. Semoga awak berdua berjaya dunia dan akhirat,” jelas Qal di kapsyen.
Sementara itu, menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya turut memuji murid lelaki tersebut kerana tidak meninggalkan sahabatnya yang mempunyai kekurangan untuk berlari.
Selain mengharapkan agar pihak sekolah memberikan sedikit sagu hati kepada kedua-dua murid tersebut atas kesungguhan mereka berlari ke garisan penamat.
@qalmuhd Abang bangga dengan awak dik, 🥺tidak semua orang mampu lakukan macam mana yang awak lakukan🫡 kawan awak mesti tak rasa yang dia kekurangan, kerana dalam kekurangannya hadir nya insan seperti awak yang mampu beri kelebihan pde dirinya, Semoga Awak berdua Berjaya dunia dan akhirat❤️🤲🏻#fyp #xyzbca #sahabatsampaisyurga #merentasdesa #foryoupage
Baca juga: Amatullah Hamidah Si Cilik 7 Tahun Dari Terengganu, JUARA DUNIA Pertandingan Pidato Inggeris!
Sumber: TikTok @qalmuhd
FT Image: TikTok @qalmuhd
