Seorang guru tular di media sosial apabila dia sanggup menolak kerusi roda anak murid OKU ketika merentas desa. Video yang dimuat naik oleh ibu kepada pelajar berkenaan pastinya dibanjiri komen warganet.
Menerusi video perkongsian di laman TikTok milik Adeela Shakila, dia tidak dapat menahan sebak apabila melihat tindakan seorang guru yang melayani anak istimewanya itu.
Baca juga: 7 Tahun Tunggu Zuriat, Hud Aryan Satu-Satunya Anak Tunggal.. “Kami Sekeluarga Tak Putus Berdoa”
ANAK MURID OKU MASUK MERENTAS DESA, CIKGU TOLAK KERUSI RODA

Guru lelaki dikenali sebagai Cikgu Fairus menolak kerusi roda anak murid OKU itu agar dapat merasai pengalaman merentas desa seperti rakan-rakan yang lain.
Pengalaman pertama kali menyertai merentas desa ternyata memberi kenangan manis buat Adam kerana itu adalah hari yang paling dinanti-nantikan.
Dapat dilihat menerusi video itu, Adam kelihatan begitu gembira berada di atas kerusi roda sambil ditolak oleh Cikgu Fairus dan ditemani rakan-rakan sebaya di sisinya.
Ibu turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Fairus di atas pengorbanannya demi menggembirakan Adam.
“Hari yang paling Adam tunggu-tunggu. Pengalaman pertama Adam. Dia seronok sangat. Masa dia lalu ibu tak boleh nak sorak dah dekat dia. Sebak sangat-sangat.
“Terharu. Dia tak pernah join mana-mana sukan. Hanya mampu tengok kawan-kawan. Terima Kasih Cikgu Fairus atas pengorbanan cikgu bagi peluang dan sudi tolak Adam. Hanya Allah mampu balas jasa cikgu,” luahnya menerusi ruangan kapsyen.
Video yang mendapat ratusan ribu penonton di aplikasi TikTok pastinya dipenuhi dengan komen daripada warganet yang turut sebak.
Tindakan cikgu menolak kerusi roda anak murid OKU itu ternyata mampu membuatkan pengguna media sosial mengalirkan air mata.
“Banyak pengajaran saya dapat dari video macam ini. Semoga cikgu ini dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah, diberikan kesihatan berpanjangan dan selesai semua masalah di dunia serta akhirat. Sebak tengok,” komen mereka.
Baca juga: Ini Rawatan Resdung Paling Cepat Berkesan, Baru 5 Minit Semua ‘Ulat’ Dah Keluar!
Sumber: TikTok Adeela Shakila
