Perjalanan ke luar negara bertukar cemas apabila seorang wanita menyedari dokumen perjalanannya mengalami kerosakan selepas pasport basah tanpa disengajakan ketika berada di Seoul, Korea Selatan.
Kejadian itu berlaku apabila pasport disimpan bersama kad bank di dalam jaket yang dipakai harian.
Baca juga: Ramai Tak Sedar Taktik Kecurian Dalam Pesawat, Buat 4 Tips Mudah Ini Untuk Pastikan Barang Selamat!
PASPORT BASAH KETIKA DI NEGARA ORANG? INI ANDA PERLU BUAT!

Gambar Azirah ALyanie
Menurut perkongsian tersebut, wanita berkenaan keluar bersendirian dan terlupa mengeluarkan pasport daripada jaket sebelum pakaian dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Keadaan hanya disedari apabila suaminya menemui pasport tersebut ketika mengeluarkan baju dari mesin pengering.
Susulan kejadian itu, wanita berkenaan terpaksa berurusan dengan Kedutaan Malaysia di Seoul bagi mendapatkan Pasport Kecemasan atau Emergency Passport untuk membolehkannya pulang ke tanah air.
Walaupun situasi itu membimbangkan, dia memaklumkan bahawa prosesnya sebenarnya tidak terlalu rumit jika dokumen lengkap disediakan.
Justeru itu, dia turut berkongsi senarai dokumen penting yang perlu dibawa sebelum hadir ke kedutaan bagi mengelakkan urusan menjadi lebih panjang dan memakan kos tambahan.
- Dokumen Diperlukan
- Dua keping gambar berukuran pasport
- Salinan MyKad
- Pasport lama (walaupun dalam keadaan rosak)
- Tiket penerbangan pulang ke Malaysia
Baca juga: Anak Sampai Kagum & Dapat Belajar Alam Liar, Ini 9 Destinasi Percutian Safari Terbaik Keluarga!

Gambar: Azirah ALyanie
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terus hadir ke kedutaan tanpa menyediakan dokumen lengkap kerana ia boleh menyebabkan perlu ulang alik beberapa kali.
Walaupun terdapat kemudahan mengambil gambar dan membuat salinan di sekitar kawasan kedutaan, kosnya dikatakan agak tinggi.
Wanita itu turut memaklumkan bahawa Pasport Kecemasan tidak dikeluarkan pada hari yang sama, sebaliknya perlu diambil pada tarikh lain yang telah ditetapkan.
Selain itu, dia turut dikenakan bayaran denda sekitar RM50 bagi urusan berkenaan.
Pengalaman tersebut dikongsikan sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia agar lebih berhati-hati dalam menyimpan pasport, terutamanya ketika berada di luar negara.
Dia juga menyarankan agar salinan digital pasport dan dokumen pengenalan diri sentiasa disimpan sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurutnya, proses penggantian dokumen sebenarnya mudah sekiranya tidak cuai dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Namun, kecuaian kecil boleh menyebabkan urusan perjalanan terganggu serta memerlukan masa dan kos tambahan.
Baca juga: Jika Bagasi Hilang Atau Tak Sampai, Ini 7 Langkah Penting Kena Buat Di Airport.. Ramai Tak Tahu!
Sumber: Azirah ALyanie
FT Image: Azirah ALyanie
