Euforia Bola 2026
Rakyat

Kadar Bayaran Denda Untuk Pasport Rosak/Hilang, Rupanya Boleh Cecah Sampai RM1,200!

PASPORT ROSAK

Ramai mungkin tidak sedar bahawa kehilangan atau pasport rosak boleh menyebabkan pemilik dikenakan bayaran denda yang agak tinggi bergantung kepada kategori umur serta jumlah kehilangan yang pernah berlaku sebelum ini.

Menerusi satu perkongsian rasmi oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati dalam menjaga dokumen perjalanan tersebut kerana pasport merupakan dokumen rasmi yang sangat penting.

Baca juga: “Kalau Duduk Rumah Pun Tak Boleh…”- Atok Usia 71 Gigih Jadi ‘Grab Rider’ Demi Sara Anak Strok

PASPORT ROSAK/HILANG, INI BAYARAN DENDA DIKENAKAN

PASPORT ROSAK

Menurut infografik dikongsikan, kadar bayaran bagi kehilangan atau kerosakan pasport adalah berbeza mengikut kategori pemohon.

Bagi individu berusia 13 hingga 59 tahun, harga pasport adalah RM200. Namun jika pasport hilang atau rosak, pemohon perlu membayar denda tambahan mengikut jumlah kesalahan.

Untuk kehilangan kali pertama, jumlah bayaran adalah RM400 termasuk denda RM200. Bagi kali kedua pula, jumlah yang perlu dibayar meningkat kepada RM700 manakala kali ketiga mencecah RM1,200.

Sementara itu, bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah serta pelajar berumur 21 tahun ke bawah yang melanjutkan pengajian ijazah di luar negara, harga pasport ialah RM100.

Jika berlaku kehilangan atau kerosakan, mereka perlu membayar RM300 bagi kali pertama, RM600 untuk kali kedua dan RM1,100 bagi kehilangan kali ketiga.

PASPORT ROSAK

Golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas pula dikenakan bayaran pasport RM100 tanpa sebarang denda tambahan walaupun berlaku kehilangan atau kerosakan.

Dalam masa sama, Jabatan Imigresen Malaysia turut memaklumkan bahawa golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar di bawah Seksyen 24 Akta Orang Kurang Upaya 2008 dan memiliki kad OKU di bawah Seksyen 25 Akta 685 layak menikmati pasport secara percuma.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menyimpan pasport di tempat yang selamat dan memastikan dokumen tersebut tidak rosak, basah atau diconteng kerana oleh menyebabkan kesulitan ketika urusan perjalanan ke luar negara.

Selain itu, pemilik pasport juga disarankan untuk segera membuat laporan sekiranya dokumen berkenaan hilang bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Baca juga: Cuti Wesak 2026 Hari Ahad & Keputeraan Agong Pula Hari Isnin, Hari Selasa Ada Cuti Ganti Atau Tidak?

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×