Euforia Bola 2026
Rakyat

Rakyat Malaysia Diminta Tangguh Umrah & Perjalanan Ke Timur Tengah, Wisma Putra Atur Evakuasi Secepatnya

KONFLIK DI TIMUR TENGAH

Kementerian Luar Negeri memandang serius peningkatan ketegangan konflik di Timur Tengah dan menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terjejas. Nasihat ini turut merangkumi mereka yang berhasrat untuk mengerjakan umrah atau menziarah.

Baca juga: Tarikh Tukar Duit Raya Tahun 2026 Untuk Maybank Dan Bank Islam, ‘Standby’ Awal Beratur!

KONFLIK DI TIMUR TENGAH: RAKYAT MALAYSIA DIMINTA TANGGUH PERJALANAN

KONFLIK DI TIMUR TENGAH

Keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan kerajaan. Nasihat perjalanan ini akan berkuat kuasa sehingga satu tarikh baharu diumumkan. Kementerian turut memohon kerjasama dan kefahaman daripada semua pihak, termasuk agensi pelancongan, bagi memastikan langkah keselamatan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Pada masa yang sama, Kementerian bekerjasama dengan Perwakilan Diplomatik Malaysia, kerajaan negara-negara berkaitan serta syarikat penerbangan untuk mengatur usaha evakuasi rakyat Malaysia yang terkandas akibat penggantungan penerbangan dan penutupan ruang udara.

Usaha ini juga meliputi rakyat Malaysia yang ingin kembali ke tanah air, berdasarkan maklumat pangkalan data rakyat Malaysia yang berdaftar.

Rakyat Malaysia digesa untuk segera mendaftar dan mengemas kini maklumat perhubungan masing-masing dengan Kedutaan Besar Malaysia atau Perwakilan Malaysia terdekat, atau melalui portal e-Konsular bagi memudahkan penyelarasan evakuasi.

Maklumat lanjut mengenai perwakilan diplomatik Malaysia di negara-negara terjejas telah disediakan untuk rujukan rakyat.

KONFLIK DI TIMUR TENGAH

Perwakilan Diplomatik Malaysia di negara terjejas telah menghubungi rakyat Malaysia sejak peringkat awal konflik bagi menyalurkan bantuan konsular serta mendapatkan maklumat penting untuk perancangan kontingensi.

Rakyat Malaysia di kawasan konflik digesa untuk meningkatkan tahap kewaspadaan mengelakkan kawasan operasi ketenteraan dan perhimpunan awam, serta mematuhi sepenuhnya arahan pihak berkuasa tempatan.

Kementerian menegaskan bahawa semua usaha evakuasi akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan kerjasama semua pihak berkaitan bagi memastikan kepentingan dan keselamatan rakyat Malaysia sentiasa terjaga.

Baca juga: Berita Baik! KWSP Akan Umum Dividen Sabtu Ini, Kadar Dijangka Antara 5.5 Hingga 6.3%

Sumber: Kementerian Luar Negeri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×