Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali sambut hari lahir diri sendiri pasti ada ahli keluarga yang turut sama meraikannya. Namun lain pula dengan satu video tular di media sosial ini.
Video berdurasi kurang satu minit itu membuat warganet turut sebak apabila melihat seorang warga emas lelaki sambut hari lahir seorang diri.
Baca juga: Budak Tertidur Di Tangga Masjid Tunggu Ibu Ayah Ambil, Pukul 9 Malam Baru Mereka ‘Muncul’
TULAR PAKCIK SAMBUT HARI LAHIR SEORANG DIRI, WARGANET SEBAK

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama Hussin Yaakob itu memaparkan momen sewaktu dia sedang menyanyikan lagu hari jadi buat dirinya.
Video nyanyian pak cik tersebut mengundang sebak warganet kerana dia memotong kek tersebut sendirian tanpa ditemani insan tersayang di sisi.
Di atas kek hari lahir pak cik Hussin turut tertera nama penuhnya yang ditulis mengguna krim berwarna hitam.
“Assalamualaikum. Selamat hari lahir, selamat hari jadi. Bismillahirrahmanirrahim,” ujarnya sambil memotong kek tersebut.
Video yang dimuat naik oleh pak cik Hussin mendapat hampir 2 juta tontonan dan pastinya dibanjiri komen warganet di mana mereka meluahkan rasa sebak.
Rata-rata warganet tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir buat pak cik Hussin selain mendoakan agar dia dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik.
“Selamat hari jadi pak cik. Semoga dipermudahkan segala urusan, dipanjangkan umur dan semoga pakcik lancar rezeki sentiasa.
“Sebak saya tengok video ini sebab teringat dekat arwah abah. Dia pergi bulan 11 tahun lepas, hari lahir bulan Disember tak sempat nak sambut dia dah pergi dulu,” luah pengguna media sosial di ruangan komen.
Baca juga: Kanak-Kanak 10 Tahun Tercekik Gula-Gula Gummy Mata Disahkan Meninggal Dunia…
Sumber: TikTok Hussin Yaacob
