Perkongsian seorang ibu di platform Threads baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila beliau berkongsi beberapa idea goodies hari jadi anak yang bukan sahaja menarik dan comel, malah turut mengambil kira elemen kesihatan serta bajet yang mampu milik.
Sebagai ibu yang sudah menghantar anak ke taska dan tadika selama lebih tiga tahun, dia cukup arif dengan budaya anak-anak membawa pulang goodies setiap kali ada rakan yang menyambut hari jadi.
Baca juga: Anak Tak Mengamuk Bila Telefon Diambil? Awas, Mungkin Dia Dah Ketagih Gajet Dalam Senyap!
IDEA GOODIES HARI JADI ANAK
Justeru, wanita ini terpanggil untuk berkongsi senarai barang dan makanan yang pernah digunakan sebagai goodies. Dari vitamin sihat, mainan pendidikan sehinggalah aksesori comel yang menggembirakan hati anak-anak kecil.
Dah 3–4 tahun hantar anak ke taska & tadika. Biasanya anak-anak akan bawa balik goodies bila ada kawan sambut hari jadi. Jadi, saya nak kongsikan beberapa item/makanan yang best & kebanyakannya mampu milik untuk dijadikan goodies masa sambutan birthday anak-anak dengan kawan-kawan.
1. Champs Sachet

Vitamin memang bagus untuk anak-anak. Boleh beli di farmasi, harga sekitar RM27–RM30 satu kotak (36 sachet x 4 tablet). Jimat dan sihat!
2. LCD Writing Tablet

Ini mungkin sedikit mahal, tapi sangat berbaloi untuk peringkat tadika. Boleh survey di Shopee, harga paling murah sekitar RM2.30 untuk 1 unit bersaiz 8 inci.
Anak-anak boleh guna untuk belajar juga. Ogos lepas, saya belikan untuk birthday abang di tadika, semua kawan dia seronok dapat seorang satu.
3. YumEarth Organic Pops

Anak-anak memang suka gula-gula. Tapi sejak tular isu ibu bapa tak suka goodies berunsur junk food, boleh cuba yang ini. Organic pops, lebih sihat.
Tahun lepas saya beli 1 pek 40 biji dengan harga RM38.50 (siap free shipping). Tapi tak pasti sekarang masih ada jual pek besar ke tak sebab kalau beli satu-satu, agak mahal juga lolipop ni.
4. Cute Building Block Bricks

Sumpah comel! Murah kalau beli kat Shopee. Saya beli RM1.59 sekotak. Kena rajin survey sebab kadang-kadang ada diskaun & voucher, boleh dapat lebih murah.
Seronok bila mak ayah main sama-sama dengan anak, ralit sangat! Cuma hati-hati sebab saiz blok agak kecil, jadi kena sentiasa dipantau dan jauhkan daripada bayi yang tengah aktif mengutip.
Baca juga: 7 Idea Hadiah Untuk Anak Berjaya Puasa Sebulan, Baru Naik Semangat Dia!
5. Scott’s Vitamin C Pastilles

Untuk ganti gula-gula biasa, boleh beri Scott’s Vitamin C. Satu pek ada 30 biji dan harganya sekitar RM8–RM11 sahaja. Gambar ehsan rating Shopee
6. DIY Mini Bear Paint Handmade Keychain

Saya tak pernah beli, tapi anak pernah dapat. Comel sangat! Boleh rangsang kreativiti motor halus anak-anak. Lepas siap warnakan, biarkan kering dan boleh terus jadi keychain.
Harga pun murah, packaging kotak sekitar RM1.10. Kalau nak lebih jimat, boleh guna packaging plastik—hanya RM0.80/pek.
7. Jam tangan budak

Jam tangan comel ini anak saya pernah dapat dua kali. Sampai mereka minta belikan untuk kawan-kawan pula! Haha…
Tapi masa itu saya tak jumpa harga murah, dalam RM3.00 seunit. Bulan ini jumpa dekat Shopee harga RM1.70 sahaja satu. Ya Allah, murah sangat!
8. Stokin budak

Nampak simple tapi rare sebenarnya kalau dijadikan goodies. Anggaran bajet bawah RM1 untuk sepasang. Kalau beli bundle, lagi jimat.
Budak-budak tadika memang suka sangat bila dapat stokin comel. Mak-mak pun boleh tambah koleksi stokin anak-anak!
9. Popsmalaya Ice Bar

Ini pun antara idea goodies sihat. Tiada MSG, tiada bahan pengawet dan sesuai untuk bayi seawal 12 bulan. Ada 6 batang dalam satu kotak, harga sekitar RM10.00.
Anak-anak saya suka sangat. Saya sendiri tak sempat rasa sebab mereka habiskan semua! Rasanya memang macam buah sebenar. Tapi kena bekukan dulu dalam peti ais.
Untuk perisa coklat, saya kurang syorkan.
Baca juga: 3 Perkataan Simple Tapi Power Didik Anak Jadi Manusia Berguna, Kena Mula Dari Sekarang!
Sumber: Threads @nrash.sh
FT Image: AI
