Euforia Bola 2026
Sihat

Minum Air Kosong Sahaja Waktu Sahur Punca Badan Lesu, Doktor Kongsi ‘Rahsia’ Untuk Tangani

air kosong

Menerusi perkongsian Doktor Hakim di laman TikTok, dia mendedahkan bahawa minum air kosong sahaja ketika bulan Ramadan adalah tidak digalakkan.

Hal ini kerana akan membuatkan badan anda rasa lesu sepanjang hampir 13 jam berpuasa. Nak tahu kenapa sebabnya? Ikuti perkongsian di bawah.

Baca juga: 9 Jenis Buah Yang Paling Banyak Air, Boleh Makan Masa Sahur & Pasti Lambat Haus!

JANGAN MINUM AIR KOSONG SAHAJA WAKTU SAHUR, INI SEBABNYA

AIR KOSONG

Freepik

“Jangan minum air kosong sahaja masa bersahur. Ramai yang tak tahu minum air kosong semata-mata boleh buat badan kita rasa lemau, rasa lesu, cepat dehidrasi dan rasa tak larat sepanjang berpuasa itu. 

“Sebenarnya air kosong tak cukup dan badan kita sebenarnya perlukan electrolyte untuk kekal bertenaga dan untuk elakkan pening kepala, sakit badan, lembik masa bulan puasa terutamanya masa waktu pagi.” katanya.

Bagi memastikan anda kekal bertenaga, Dr Hakim menyarankan anda untuk menambahkan secubit garam celtic di dalam air kosong.

“Solusinya senang sahaja, tambahkan sedikit garam celtic di dalam air. Jangan guna garam biasa ya. Garam celtic ini ada kandungan mineral yang lebih tinggi untuk mudahkan badan kita serap air dengan lebih efisyen,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dakwaan mengenai garam celtic menyebabkan darah tinggi adalah mitos sahaja dan orang ramai tidak perlu risau.

“Jangan percaya mitos bahawa bukan semua garam menyebabkan darah tinggi. Garam celtic ini berbeza kerana boleh membantu untuk seimbangkan mineral dalam badan kita dan elakkan kekejangan otot.

“Kalau terus minum air kosong tanpa electrlyte, jangan pelik kalau badan cepat rasa letih, cepat dehidrasi, lesu sepanjang puasa daripada pagi sampai berbuka. Kalau nak berpuasa dengan lebih bertenaga, boleh cuba cara ini,” jelasnya.

Baca juga: Ini Rawatan Resdung Paling Cepat Berkesan, Baru 5 Minit Semua ‘Ulat’ Dah Keluar!

Sumber: TikTok Dr Hakim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×