Euforia Bola 2026
Famili

Bonda Rozita Syukur Dapat Shahida Sebagai Menantu, “Dia Sahabat Baik & Wanita Terhebat”

bonda rozita

Usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim menerusi laman Instagramnya ada berkongsikan satu nukilan khas untuk menantu kesayangan, Datin Seri Shahida.

Nukilan itu menjelaskan bahawa Shahida bukan sahaja dianggap sebagai menantu tetapi sahabat baik dalam kehidupan Bonda Rozita.

Baca juga: Anak Kurang Adab Dengan Orang Rupanya Salah Ibu Ayah Sendiri, Selalu Cakap 7 Ayat Ini!

NUKILAN BONDA ROZITA BUAT SHAHIDA, “DIA MENANTU KESAYANGAN”

bonda rozita

“Shahida wanita yang saya kasihi. Beauty with brain. Sebab itu dia jadi pilihan saya sebagai menantu. Jika saya uzur nanti pasti dia adalah menantu yang boleh menemani saya. Allah jagakan insan ini untuk Kri (Aliff Syukri) dan anak-anaknya.

Dia sahabat baik saya yang tahu semua kisah duka saya yang anak-anak saya pun tak tahu. Hanya dengan Ida saya ceritakan. Dia wanita terhebat dihati saya,” jelasnya.

Tambah Rozita, dia juga pernah bergelar menantu dan pastinya tahu betapa susahnya untuk bergaul dengan keluarga pihak suami.

“Saya pernah jadi menantu. Saya tahu pedih dan susahnya masuk dalam keluarga suami. Saya ingin menjadi mentua yang terbaik pada mereka. Saya patut berterima kasih kepada menantu perempuan sebab dia melayani anak lelaki saya dalam susah dan senang. Saya tahu bagaimana rasanya masuk dalam keluarga orang. Kekok dan rasa terasing.

“Saya sangat membela hak menantu kerana saya tahu kelemahan anak-anak saya. Mereka adalah anak orang yang perlu dihargai. Menantu pilihan saya Ida dan Fiza merupakan hadiah termahal saya beri pada anak lelaki kerana mereka sabar, bijak dan kuat. Itulah kecantikan mereka. Dia adalah anugerah Allah yang bernilai dalam kehidupan saya,” luahnya menerusi perkongsian itu.

Rozita turut memuji menantu itu kaya dengan kebaikan dan tidak pernah meminta-minta harta daripada anaknya itu.

“Menantu saya kaya, tapi kaya dengan kebaikan. Teramat baik, tak pernah meminta-minta pada anak-anak lelaki saya. Saya pernah suruh Ida ambil duit Kri sebab saya risau Kri ramai peminat tapi Ida bukan mata duitan.

“Itulah menantu, saat saya jatuh dalam bisnes dan emosi kerana hal-hal keluarga, Ida dan Fiza selalu setia temankan saya. Mereka sentiasa ada untuk saya, bila-bila masa. Mereka menantu yang sentiasa berada di sisi saya. Kami bersahabat baik. Mereka ini asalnya staf saya. Saya tak berikan mereka kekayaan tapi saya ajar dan didik mereka untuk mencari kekayaan jiwa dan bertahan melalui suami mereka, iaitu anak-anak lelaki saya.

“Semasa arwah ayah dan mak saya sakit, Ida dan Kri ialah cucu terbaik yang menziarahi dan menemani orang tua saya — dari kampung ke bandar, dari rumah ke hospital, sampai ke kubur. Tanpa jemu, tanpa alasan sibuk, sedangkan mereka juga usahawan besar,” luahnya.

Baca juga: Bila Anak Tunjuk 5 Tanda Ini, Maknanya Dia Tengah ‘Stress’ Belajar! Ibu Ayah Tolong Jangan Biarkan

Sumber: Instagram Bonda Rozita Ibrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×