Euforia Bola 2026
Famili

“Lepas Sekolah Nak Join Daftar Ahli UMNO” – Anak Aliff Syukri Cita-Cita Jadi Ahli Politik

anak aliff syukri

Anak Aliff Syukri atau secara formalnya, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Ammar Ahyan, rupa-rupanya menyimpan impian untuk bergelar ahli politik.

Perkara itu didedahkan oleh ibunya, Datin Seri Nur Shahida, menerusi satu perkongsian video di laman TikTok baru-baru ini.

Baca juga: Tersergam Indah Bak Istana, Ini 5 Rumah Pemimpin Malaysia Yang Mewah & Cantik!

ANAK ALIFF SYUKRI MINAT NAK MASUK UMNO

anak aliff syukri

Datin Shahida turut menjelaskan bahawa setiap anaknya mempunyai keperibadian yang berbeza, dan Ammar pula dilihat sebagai seorang yang mempunyai matlamat hidup yang jelas.

“Ammar memang cintakan bangsa dan tanah air. Dia pernah cakap, selepas habis sekolah, dia nak daftar jadi ahli UMNO. Dia ada wawasan dan pendirian sendiri. Lain anak lain ragam. Tapi saya pun tak pasti kenapa dia pilih UMNO,” katanya.

Dalam masa yang sama, Shahida turut mengakui bahawa dia dan suaminya jarang berbicara tentang isu politik di rumah, malah tidak menyangka anak mereka menunjukkan minat mendalam dalam bidang tersebut. Namun begitu, sebagai seorang ibu, beliau tetap menyokong apa jua minat anaknya.

“Saya dan suami memang tak minat politik langsung. Kadang-kadang terfikir, betul ke ini anak aku? Sebab personaliti dia jauh berbeza.

“Saya tak pernah pengaruhi anak saya dengan isu-isu politik. Di rumah pun kami tak pernah berbincang hal-hal begitu.

“Tapi kalau itu yang dia pilih, saya terima. Dia dah besar dan tahu buat keputusan. Sebagai ibu, saya sokong saja,” ujar beliau.

anak aliff syukri

Ramai dalam kalangan netizen menyokong cita-cita Ammar dengan berkata bahawa mungkin ini adalah calon ahli politik yang dapat mengubah nasib rakyat dengan mempunyai peribadi murni. Malah, orang ramai juga memberi nasihat supaya jika mahu menjadi ahli politik pada masa hadapan, elakkan rasuah!

Baca juga: 10 CEO Malaysia Dengan Gaji Bulanan Paling MAHAL, Ada Yang Cecah Sampai 12 Juta!

Sumber: Tiktok @shahidadherbs2 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×