Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Nubhan Pernah Lafaz Cerai & Rujuk Selepas Talak Pertama Tahun 2017, Mahkamah Tentukan Status Rumah Tangga

nubhan

Penyanyi dan usahawan, Nubhan, didakwa pernah melafazkan cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, pada tahun 2017, namun pasangan itu difahamkan kembali rujuk dalam tempoh idah.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh peguam syarie yang mewakili Dr. Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kadir, ketika prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, hari ini (Rabu).

Baca juga: “Tak Lagi Sebumbung Sejak Ogos” – Nubhan Didakwa Lafaz Cerai Terhadap Isteri, Netizen Terkejut!

RUPANYA NUBHAN DAH PERNAH DUA KALI LAFAZ CERAI

nubhan

Menurut laporan, hari ini merupakan sebutan pertama bagi permohonan pengesahan dua lafaz cerai dan satu rujuk yang difailkan oleh pihak suami terhadap anak guam Datuk Akberdin.

Menurutnya, pasangan berkenaan pernah melalui episod perceraian pada 2017 sebelum kembali rujuk, namun proses tersebut tidak pernah didaftarkan secara rasmi dan tidak mengikut prosedur ditetapkan.

Beliau menambah, permohonan yang difailkan kali ini bertujuan untuk mendapatkan pengesahan mahkamah berhubung kesahihan lafaz cerai dan rujuk tersebut, selain meneliti beberapa aspek penting termasuk niat sebenar suami ketika melafazkan talak.

“Hakim akan menilai sama ada lafaz itu dibuat dalam keadaan waras, tanpa paksaan atau ugutan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Akberdin turut mendedahkan bahawa Nubhan sebelum ini pernah menawarkan penyelesaian secara baik kepada anak guamnya sebelum perceraian berlaku, namun usaha tersebut tidak diteruskan.

“Memang ada tawaran untuk bercerai secara baik. Nubhan pernah menghantar surat kepada anak guam saya, namun selepas kami memberikan maklum balas, perkara itu senyap begitu sahaja. Ia berlaku sekitar Ogos lalu,” ujarnya.

Sebelum ini, peguam tersebut juga mengesahkan bahawa pihak Nubhan telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah pada Ogos lalu.

Katanya, perpisahan itu berlaku secara aman tanpa konflik besar, sebaliknya berpunca daripada perselisihan faham dalam rumah tangga. Difahamkan sejak itu, pasangan berkenaan sudah tidak tinggal sebumbung.

nubhan

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah yang merupakan seorang doktor gigi telah berkahwin pada 29 Ogos 2015. Hasil perkahwinan mereka selama 10 tahun, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata: Aafiya (8 tahun), Ahmad Aaffan (6 tahun) dan Afzan Nayille (3 tahun).

Baca juga: Periksa ‘Contact’ Suami Sekarang, 5 Panggilan Rahsia Ini Petanda Si Dia Terjebak Dunia Songsang!

Sumber: Mstar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×