Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Tak Lagi Sebumbung Sejak Ogos” – Nubhan Didakwa Lafaz Cerai Terhadap Isteri, Netizen Terkejut!

nubhan ahamad

Selepas sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia Musim 6 (AF6), Nubhan Ahamad, didakwa bakal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang esok bagi prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Nampaknya ramai dalam kalangan netizen yang mengikuti perkembangan pasangan ini di laman media sosial sangat terkejut!

Baca juga: Periksa ‘Contact’ Suami Sekarang, 5 Panggilan Rahsia Ini Petanda Si Dia Terjebak Dunia Songsang!

NUBHAN AHAMAD LAFAZ CERAI TERHADAP ISTERI, NAIK MAHKAMAH SYARIAH ESOK

nubhan ahamad

Menurut sumber terdekat pasangan itu, permohonan pengesahan lafaz talak berkenaan difailkan oleh Nubhan, atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 39, pada awal bulan lalu.

“Setakat yang saya tahu, esok adalah tarikh prosiding pengesahan lafaz talak yang difailkan oleh Nubhan. Bila lafaz cerai itu dibuat, kena tanya dia sendiri. Difahamkan kedua-duanya akan hadir bersama peguam masing-masing,” ujar sumber yang enggan dikenali.

Apabila ditanya mengenai punca perpisahan pasangan tersebut, sumber itu enggan mengulas lanjut dan meminta agar perkara itu dirujuk terus kepada Nubhan sendiri.

Namun, difahamkan penyanyi yang kini turut bergelar usahawan itu tidak lagi tinggal sebumbung dengan Afifah Hidayah selepas dipercayai melafazkan talak sekitar Ogos lalu.

“Mereka sudah tinggal berasingan. Tiga anak mereka yang kesemuanya masih kecil berada bawah jagaan isterinya,” ujarnya.

Sementara itu, peguam yang mewakili isterinya, Datuk Akberdin Abdul Kader mengesahkan Afifah Hidayah selaku plantif akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang seperti dijadualkan bagi prosiding sebutan pertama.

“Saya difahamkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berdua berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini. Cuma saya tak pasti sama ada hakim akan beri keputusan atau mengesahkan perceraian mereka esok kerana biasanya perlu ada siasatan dulu.

“Punca diceraikan, kita tunggu sahaja esok. Sebarang maklum balas membabitkan anak guam saya boleh dijawab selepas prosiding selesai,” katanya.

nubhan ahamad

Baca juga: Betul Ke Tahan Kencing (Peegasm) Sebelum Bersama Suami Boleh Bagi ‘Rasa’ Lain? Ramai Cakap Best…

Sumber: Kosmo, IG @nubhan.ahamad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×