Euforia Bola 2026
Nur

Nora Danish Berjaya Khatam al-Quran Dalam 10 Hari, Hadiah Ulang Tahun Yang Istimewa!

khatam al-quran

Khatam al-Quran merupakan salah satu detik yang diinginkan kebanyakan Muslim, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia.

Terbaharu, pelakon jelita Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari.

Baca juga: Dr. Ahmad Sanusi Tegaskan Jangan Normalisasi Maksiat, Tak Payah ‘Ship Couple’ Belum Kahwin

NORA DANISH KHATAM AL-QURAN

khatam al-quran

Gambar: Instagram Nora Danish

Hadiah ulang tahun kelahiran yang istimewa

Menurut Nora, ini adalah kali pertama dia menyertai sesi tadarus secara berkumpulan dan bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk melakukannya.

“Ini adalah kali pertama saya menyertai tadarus, yang mana kami berjaya khatam dalam tempoh 10 hari.

“Setiap hari, kami membaca lebih daripada 50 muka surat al-Quran. Saya kira ini adalah pencapaian yang sangat berharga dalam hidup saya, sekali gus menjadi hadiah ulang tahun kelahiran saya tahun ini.

“Kami memulakan bacaan pada hari pertama Ramadan bersama seorang ustaz hafiz dan kira-kira 30 orang sahabat lain. Ia benar-benar satu pengalaman yang luar biasa buat saya,” katanya.

Baca juga: 5 Tips Ibu Bekerja Pam Susu Badan Sambil Puasa, Susu ‘Maintain’ Melimpah Ruah & Badan Tak Penat!

Usia bukan penghalang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT

Nora berkata, usia bukanlah penghalang untuk seseorang mendekatkan diri kepada Allah dan mengambil keputusan ke jalan lain yang baik.

“Walaupun usia sudah menjengah 40-an, namun belum terlambat untuk kita memaksa diri melakukan kebaikan, termasuk membaca al-Quran.

“Dalam kes saya, saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya sebelum saya meninggalkan dunia ini. Betul, memang belum terlambat untuk kita berusaha menjadi insan yang lebih baik.

“Saya sendiri mengaku, dahulu saya jahil, tetapi saya tetap berusaha untuk menjadi lebih baik. Allah Maha Mendengar, Allah Maha Baik. Jangan sesekali rasa sudah terlambat atau berputus asa.

“Seeloknya kita segera bertaubat kerana pengakhiran kita itu yang lebih penting,” katanya.

Baca juga: Rupanya Ada 2 Jenis Keberkatan BESAR Dalam Waktu Sahur, Jangan Terlepas Untuk ‘Rebut’!

Sumber: Harian Metro

FT Image: Instagram Nora Danish

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×