Euforia Bola 2026
Nur

Anak Tak Sah Taraf Diberi Bin/Binti Bukan Abdullah Tapi Guna 99 Nama Allah, Boleh Ke?

anak tak sah taraf

Terbaharu, pasukan pembelaan memohon kepada Mahkamah Sesyen untuk meminda nama, Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan dalam kertas pertuduhan dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu. Ramai yang tertanya adakah kanak-kanak tersebut merupakan anak tak sah taraf berdasarkan nama lamanya?

Hal ini kerana, dia menggunakan salah satu daripada 99 nama Allah sebagai bin, sedangkan apa yang kita tahu sepatutnya menggunakan nama Abdullah. Berikut merupakan penjelasan fatwa beberapaa negeri dan adakah boleh menggunakan 99 nama Allah.

Baca juga: Trend Daftar Nama Anak Tanpa ‘Bin’ Atau ‘Binti’ Katanya Urusan Lagi Mudah…

ANAK TAK SAH TARAF BOLEH GUNA 99 NAMA ALLAH SEBAGAI BIN/BINTI

anak tak sah taraf

Menurut kenyataan dari Mufti Johor pada tahun 2020, Datuk Yahya Ahmad, anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, boleh di bin atau binti dengan 99 nama Allah atau Asmaul Husna, selain nama Abdullah.

Langkah itu bagi mengelak anak tidak sah taraf berasa teraniaya atau menanggung aib pada masa hadapan jika mereka hanya dibenarkan di bin atau binti dengan nama Abdullah sahaja. Di Johor, pihak mufti memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, boleh dinamakan (di bin atau binti) dengan 99 nama Allah atau Asmaul Husna, selain nama Abdullah, menjadikan 100 nama bin atau binti untuk dipilih.

Malah, ada juga kenyataan dari salah seorang peguam terkenal bernama Ikbal Salam berkata, pilihan yang luas ini iaitu pilihan 99 nama Allah yang lain diberikan bagi menjaga kemuliaan anak-anak ini.

Hasil semakan di laman web Sumber Maklumat al-Ahkam as-Fiqhiyyah (e-SMAF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan fatwa anak tidak sah taraf, mendapati tiga daripada enam negeri mewartakan secara khusus fatwa mengenai bin atau binti anak tidak sah taraf terbabit.

Pulau Pinang menerusi fatwa yang diwartakan pada 27 Oktober 2005 menjelaskan anak tidak sah taraf perlu di bin atau binti dengan nama Abdullah manakala Wilayah Persekutuan melalui fatwa yang diwartakan pada 2017 memaklumkan anak terbabit boleh di bin atau binti Abdullah atau nama yang bermula dengan Abdu.

Johor pula mewartakan fatwa berhubung perkara itu pada 21 Mei 2018 dengan mengguna pakai 99 nama Allah, selain nama Abdullah.

anak tak sah taraf

*Diharapkan semoga kes adik Zayn Rayyan dapat pengadilan yang betul!

Baca juga: Uyaina Arshad Kongsi Video Cium Bayi Sewangi Syurga, Komen Netizen Pula Jadi Perhatian!

Sumber: Berita Harian, Berita Harian 2, KiniTV

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×