Euforia Bola 2026
Famili

Jenazah 6 Beranak Selamat Dikebumikan, Berhampiran Pusara Kembar Anak Bongsu…

NAHAS SUNGAI KOROK

Nahas sungai Korok yang meragut nyawa enam beranak di Jitra semalam selamat dikebumikan pada jam 11.50 malam tadi.

Jenazah Mohamad Azim Izat Ishak, 32, isterinya Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, dan empat anak mereka, Putra Rayyan Nur, 9; Hawa Adriana Nur, 8; Annayla Humaira Nur, 7; dan Tuah Haydar yang berusia enam bulan dibawa menaiki lima van dari Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Baca juga: Atuk Pulang Dari Haji Bawa 15 Patung Unta Untuk Cucu, Gelagat Comel Ini Curi Tumpuan Ramai!

NAHAS SUNGAI KOROK, 6 BERANAK SELAMAT DIKEBUMIKAN

nahas sungai korok

Berita Harian

Enam beranak ini disembahyangkan di Masjid At Taqwa, Jerlun sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor Karang.

Seramai lebih 500 hadir terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai untuk memberi penghormatan terakhir kepada semua mangsa.

Jenazah mereka dikebumikan berdekatan dengan kubur Jebat Haydar, adik kembar Tuah Haydar, anak bongsu pasangan tersebut yang telah meninggal dunia pada Februari lalu.

Tragedi itu menyebabkan anak sulung pasangan berkenaan, Puteri Qisya Nur Izzat, 12, kini yatim piatu disebabkan tidak mengikut keluarganya bermalam di rumah ibu saudaranya di Taman Seri Aman, Jitra pada malam sebelum kejadian.

nahas sungai korok

Berita Harian

Sebelum mendapat berita kehilangan ahli keluarga, Putri Qisya Nur Izzat, ada bermimpi tentang bapanya yang meminta agar jangan bersedih kerana tidak boleh menjaganya lagi selepas ini.

Katanya, ketika pesanan dalam mimpi itu diberikan, dia berbaring di atas paha bapanya yang sedang duduk di sofa.

“Ibu pula tengah dukung adik kecil dan adik-adik lain pun ada. Muka ayah bersih dan pakai baju jersi yang sama sebelum keluar rumah Jumaat lalu,” jelasnya.

Baca juga: “Rumah Sakit, Teman-Teman” – Cikgu Kecewa Murid Guna Bahasa Indonesia Dalam Karangan BM

Sumber: BH Online & Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×