Euforia Bola 2026
Famili

Kehilangan Enam Beranak Terjawab, Mayat Ditemukan Lemas Dalam Sungai Korok

KEHILANGAN ENAM BERANAK

Misteri kehilangan enam beranak sejak Sabtu lalu akhirnya terjawab apabila kesemua mangsa ditemukan maut dalam sebuah kereta Proton Iswara yang tenggelam di Sungai Korok, Jitra, hari ini.

Setakat ini, operasi mengeluarkan kesemua mayat mangsa sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.

Baca juga: Bermula 1 Julai, Semua Bank Akan Kenakan Cukai Perkhidmatan Sebanyak 8%

KEHILANGAN ENAM BERANAK DITEMUI, MAYAT DALAM KERETA DI SUNGAI KOROK

KEHILANGAN ENAM BERANAK

Kosmo

Mangsa terdiri daripada sepasang suami isteri dan empat anak mereka yang berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun.

Suasana pilu menyelubungi kawasan kejadian apabila ahli keluarga yang berada di lokasi tidak dapat menahan tangisan sebaik sahaja satu demi satu jenazah dikeluarkan dari kenderaan tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa seorang wanita telah membuat laporan polis selepas abangnya, bersama isteri serta empat anak mereka, gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah sejak Sabtu.

Wanita berkenaan, Nur Adliah Shuhada Ishak, dalam lingkungan usia 20-an, memaklumkan bahawa abangnya, Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, yang tinggal di Jerlun, datang bermalam di rumahnya pada malam Jumaat bersama ahli keluarganya.

Menurutnya, situasi itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana mereka sering menginap di rumahnya dan lazimnya akan bertolak pulang awal pagi memandangkan abangnya bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Baca juga: Enam Beranak Termasuk Bayi 6 Bulan Dilaporkan Hilang, Ahli Keluarga Gagal Hubungi Sejak Sabtu!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×