Euforia Bola 2026
Rakyat

Misteri 50 Jasad Bayi Ditemui Dalam Kubur Gergasi, Ada Yang Sudah Dibelah Perut…Seram!

mayat bayi

Penemuan kira-kira 50 mayat bayi bersama enam individu dewasa di sebuah tanah perkuburan di Trinidad dan Tobago mencetuskan tanda tanya besar dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Menurut pihak berkuasa, kesemua 56 mayat itu ditemui di Tanah Perkuburan Cumuto, yang terletak kira-kira 40 kilometer dari ibu negara, Port of Spain, pada hujung minggu lalu.

Baca juga: Mayat Bayi Lelaki Berlumuran Darah Ditemui, Ditanam Sedalam 10cm Di PPR Gua Musang!

MISTERI 50 MAYAT BAYI DALAM KUBUR GERGASI

mayat bayi

Foto: Sinar Harian

Kenyataan Perkhidmatan Polis Trinidad dan Tobago (TTPS) memaklumkan siasatan awal mendapati kes ini berkemungkinan melibatkan pelupusan mayat tidak dituntut secara tidak sah.

Daripada jumlah tersebut, enam mayat dewasa terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita.

Polis turut memaklumkan bahawa hanya seorang daripada mayat lelaki ditemui bersama tag pengenalan pada kaki, iaitu prosedur biasa yang digunakan di rumah mayat.

Keadaan Jasad Undang Persoalan

mayat bayi

Foto: Berita Harian

Selain itu, dua mayat dewasa, masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita didapati mempunyai tanda-tanda telah menjalani prosedur bedah siasat, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai pengurusan mayat tersebut sebelum ia ditemui di lokasi berkenaan.

Ketika ini, satu siasatan aktif sedang dijalankan dan analisis forensik lanjut turut dilaksanakan bagi mengenal pasti asal-usul semua mayat serta menentukan jika berlaku sebarang pelanggaran undang-undang atau prosedur,” menurut kenyataan TTPS.

Pesuruhjaya Polis, Allister Guevarro menyifatkan penemuan itu sebagai ‘amat membimbangkan’ dan menegaskan bahawa kes berkenaan dikendalikan dengan penuh kepekaan serta komitmen tinggi untuk merungkai kebenaran.

Terdapat Isu Keselamatan di Negara Tersebut

Dalam perkembangan berkaitan, Trinidad dan Tobago dilaporkan berdepan peningkatan jenayah ganas sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Negara dengan populasi sekitar 1.5 juta itu merekodkan 623 kes pembunuhan pada tahun 2024.

Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat pula menyatakan kadar pembunuhan sebanyak 37 kes bagi setiap 100,000 penduduk meletakkan negara itu antara yang paling berbahaya di dunia pada tahun 2023.

Walaupun kadar tersebut dilaporkan menurun sekitar 42 peratus pada tahun berikutnya, situasi keselamatan masih menjadi kebimbangan apabila peningkatan semula jenayah ganas mendorong Perdana Menteri, Kamla Persad-Bissessar mengisytiharkan darurat pada Mac lalu.

Setakat ini, siasatan masih diteruskan bagi merungkai misteri di sebalik penemuan kubur berkenaan, termasuk mengenal pasti bagaimana puluhan jasad bayi boleh berada di lokasi tersebut tanpa pengurusan yang sewajarnya.

Baca juga: Jenazah Bayi Perempuan Terpaksa Dibawa Redah Banjir 3KM, Nenek Pangku Jasad Cucu Untuk Dikebumi

Sumber: Berita Harian dan Sinar Harian 

FT Images: Berita Harian dan Sinar Harian 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×