Euforia Bola 2026
Dapur

Sakit Tekak Berhari-Hari Tak Hilang? Minuman Korea Ini Raih Perhatian, TokTi Pun Kata “My Fav”

sakit tekak

Apabila sakit tekak datang, ramai sanggup mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan rasa tidak selesa. Baru-baru ini, satu perkongsian di Threads menjadi tular apabila seorang pengguna berkongsi satu produk dari Korea yang sering menjadi pilihannya setiap kali tekak mula terasa perit atau batuk.

Malah, turut mendapat perhatian daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Baca juga: Disangka Kulat Tahun, Rupanya Kulat Beracun! Sebelum Jadi Mangsa…Ini Cara Nak Bezakan

MINUMAN KOREA MUJARAB UNTUK SAKIT TEKAK

sakit tekak

Tangkap layar Threads.

Hantaran oleh pengguna Threads @rosyalya90 itu memaparkan produk teh madu buah dari Korea yang dikongsinya sebagai antara minuman yang sering dibancuh ketika mengalami sakit tekak.

Menurutnya, minuman tersebut memberikan rasa lebih lega pada tekak apabila diminum suam, selain menjadi antara stok yang sentiasa ada di rumah.

“Saya merayuuu sangat kalau sakit tekak berhari-hari tak baik, telanlah ini (hantaran menunjukkan produk dari Korea). Mujarab untuk sakit tekak. Lega amat! Siapa pernah cuba, sila hadir,” tulis @rosyalya90.

Dua perisa yang sering jadi pilihan

Dalam perkongsiannya, wanita itu turut mencadangkan dua pilihan perisa, iaitu:

  1. Honey Citron: mempunyai rasa citrus yang menyegarkan dan sering dibancuh dengan air suam bagi memberikan rasa lebih selesa pada tekak.
  2. Honey Lemon: menawarkan rasa lemon yang sedikit masam tetapi segar, selain turut menjadi pilihan ketika mengalami batuk atau selesema.

Dia turut mengingatkan bahawa produk yang mengandungi madu tidak sesuai diberikan kepada bayi berusia bawah setahun.

BacA juga: Ramai Terus Minum Kopi Sebaik Sahaja Celik Mata, Rupanya Pakar Cadang Tunggu Dulu…Ini 4 Waktu Terbaik!

sakit tekak

Komen ringkas TokTi terus jadi perhatian

Apa yang membuatkan hantaran itu semakin tular ialah komen daripada penyanyi nombor satu Malaysia yang hanya menulis, “My fav.”

Walaupun ringkas, komen tersebut mengundang ratusan reaksi daripada pengguna media sosial. Antara komen yang mencuit hati ialah:

  • “Bahaya lah kalau TokTi dah reply. Confirm viral!”
  • “Mujur aku memang simpan stok dekat rumah.”
  • “Selalu beli dekat AEON kalau sakit tekak atau selesema.”
  • “Harap lepas minum suara jadi sesedap TokTi!”

Tidak kurang juga yang berkongsi mereka lebih gemar menikmati minuman itu ketika masih suam, manakala ada yang mengatakan ia tetap sedap jika dicampur ais.

Boleh jadi minuman pilihan, tetapi bukan pengganti rawatan

Minuman seperti Honey Citron dan Honey Lemon lazimnya mengandungi madu, lemon atau buah citron yang memberikan rasa nyaman apabila diminum suam. Bagi sesetengah individu, ia boleh membantu memberikan rasa lebih selesa ketika sakit tekak, namun ia bukan ubat untuk merawat punca penyakit.

Jika sakit tekak berlarutan selama beberapa hari, disertai demam tinggi, sukar menelan, kesukaran bernafas atau gejala semakin teruk, segeralah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor untuk mengenal pasti punca dan menerima rawatan yang sesuai.

Bagi ramai pengguna media sosial pula, suplemen ini sekadar menjadi antara pilihan yang disimpan di rumah kerana rasanya yang enak dan memberi rasa lebih selesa ketika tekak terasa tidak sihat.

Baca juga: Ramai Kata Daging Ayam Kampung Lebih Sedap, Ini 11 Khasiatnya Perlu Tahu!

Sumber: Threads @rosyalya90

FT Image: Instagram @afiyabysitinurhaliza / Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×