Pakaian kedut sering menjadi masalah apabila menggunakan mesin pengering (dryer) tanpa cara yang betul. Secara tidak langsung, anda perlu meluangkan masa untuk seterika pakaian berulang kali.
Dengan beberapa langkah mudah seperti mengibas pakaian sebelum dikeringkan, tidak memenuhkan mesin dan memilih tetapan yang sesuai, anda boleh mengelakkan masalah pakaian kedut.
Baca juga: Wanita Ingatkan Kabinet Bertutup Pastikan Ada Lubang Udara, Kerana Dapur Gas Pernah Meletup!
TIPS KURANGKAN PAKAIAN KEDUT GUNA MESIN PENGERING
A. PENGGUNAAN MESIN PENGERING
1. Baca manual
Setiap peralatan rumah mungkin berbeza cara guna bergantung kepada jenama dan model. Bagi mesin pengering, penting untuk tahu tahap kepanasan dan pilihan masa yang sesuai dengan mesin anda.
2. Periksa penapis lint
Bersihkan penapis lint setiap kali sebelum guna. Ini membantu mengurangkan risiko kebakaran, jimatkan bil elektrik dan panjangkan jangka hayat mesin.
B. CARA BETUL MASUKKAN PAKAIAN KE DALAM PENGERING
1. Kibas pakaian
Kibas setiap helai pakaian sebelum dimasukkan. Langkah ini membantu mengurangkan kedutan pada pakaian.
2. Jangan terlalu penuhkan mesin
Pengering yang padat dengan pakaian akan menyebabkan mesin tidak dapat berpusing dengan baik. Pakaian akan ambil masa lebih lama untuk kering dan lebih mudah berkedut.
3. Asingkan jenis fabrik
Kalau anda mencuci pelbagai jenis kain, pertimbangkan untuk keringkan secara berasingan. Contohnya, pakaian dalam dan tuala kecil mungkin perlukan tetapan berbeza.
4. Masukkan dryer sheet
Helaian ini membantu melembutkan pakaian, kurangkan statik dan beri bau yang segar.
5. Pilih mod yang sesuai
Rujuk manual mesin.
Tidak semua pakaian sesuai dikeringkan dengan suhu tinggi kerana ia boleh menyebabkan pakaian mengecut, pudar atau rosak. Gunakan kitaran biasa untuk pakaian kapas dan pilih permanent press jika kain jenis sintetik.
Baca juga: ‘Step By Step’ Tukar Kapasitor Kipas Siling, Kelajuan 1 Rasa Macam Angin Turbo!
C. TIPS KURANGKAN KEDUT PAKAIAN SELEPAS PENGERINGAN

Gambar: Freepik
1. Kibas semula pakaian semasa dikeluarkan
Ini membantu mengurangkan kedutan. Tip tambahan, keluarkan pakaian ketika masih sedikit lembap dan jemur untuk kering sepenuhnya.
2. Jangan biar pakaian menimbun
Segera lipat atau gantung pakaian selepas dikeluarkan. Jika dibiarkan bertimbun ketika masih panas, ia boleh menyebabkan kedutan kekal.
BARANG TAK SESUAI MASUK PENGERING
Sebelum masukkan apa-apa pakaian, sentiasa semak label untuk arahan penjagaan.
- Wol: Selimut dan baju daripada wol boleh mengecut dan berubah bentuk jika terlalu panas.
- Baldu (Velvet): Hantar ke dobi cucian kering.
- Sutera dan renda: Kain ini mudah rosak dan berkerut jika kena haba tinggi.
- Kulit dan suede: Haba boleh menyebabkan pakaian retak.
- Bra: Haba boleh merosakkan bentuk dan menyusutkan fabrik.
- Beg tangan, beg galas: Jika bukan 100% kapas, haba boleh meledingkan atau cairkan bahan.
- Kasut larian: Haba boleh rosakkan sokongan dan gam, serta mengecutkan tapak.
- Baju renang: Elak dari pengering supaya jaring dan span tidak rosak.
- Bantal hiasan: Terutamanya yang ada manik atau hiasan halus — lebih baik dijemur.
- Tikar mandi beralas getah: Getah tidak tahan haba tinggi.
- Pakaian berhias: Hiasan seperti labuci boleh rosak dan juga rosakkan pakaian lain yang sama dimasukkan.
Baca juga: Cara Buat Lilin DIY Guna Pengorek Telinga, Penyelamat ‘Black Out’ Tengah Malam!
Sumber: Southern Living

