Euforia Bola 2026
Dapur

Menu Bekal Sekolah Anak Untuk 2 Sesi Pagi Dan Petang, Ringkas & Boleh Ulang Setiap Minggu!

menu bekal sekolah seminggu

Tak perlu cari idea yang sebulan, menu bekal sekolah seminggu ini juga sudah memadai. Lebih-lebih lagi, jika anak anda bersekolah dua sesi setiap hari. Hal ini kerana, ia boleh diulang setiap minggu tanpa perlu pening kepala mencari idea lain.

Seiring waktu, idea yang sama setiap minggu akan membuatkan ibu-ibu di waktu pagi lebih pantas menyediakan bekal sekolah anak. Selain itu, idea yang dikongsikan Puan Maisarah Yahya untuk anaknya selama seminggu ini juga ringkas dan mengenyangkan!

Baca juga: Cantik Elok Tak Putus & Kuning Keemasan, Ini Tips Celur Bihun Sup Utara!

MENU BEKAL SEKOLAH SEMINGGU PAGI & PETANG

menu bekal sekolah seminggu

Gambar hiasan: rawpixel.com

Menu bekal Muhamad Yusuf

Alhamdulillah. Menu ini dari Isnin sampai Jumaat, bangun 4.30 pagi memasak, bahan semua dah siap prep malam.

5 pagi mula masak, 6 pagi selesai uruskan diri nak pegi kerja. Anak-anak suami uruskan pula.

  • Bekal merah – sekolah pagi (SRAR)
  • Bekal biru – sekolah petang (SK)

Tengah hari dia duduk di rumah maksunya, sebab maksu dia uruskan makan tengah hari dan siapkan dia ke sekolah petang pula. Jadi, Mai skip untuk lunch.

Bekalkan juga untuk adiknya 3 tahun di pengasuh. Ringkas sahaja yang mudah, pantas dan anak makan.

Baca juga: Berbaloi Tahan 6 Bulan Simpan Lauk ‘Frozen’ Dalam Aluminium, Tapi Bila Panaskan Kena Buat Macam Ini!

Pesanan ringkas:

Makanan real food adalah makanan terbaik untuk anak-anak. Menu saya bukan seratus peratus real food, jadikan sebagai rujukan yang bersesuaian dengan anak-anak.

Baca juga: Puding Ocean Blue, Pencuci Mulut Menarik & Unik Bila Makan Macam Berada Di Dasar Laut!

MENU 5 HARI BEKAL SEKOLAH PAGI & PETANG

  • Bekal merah – sekolah pagi
  • Bekal biru – sekolah petang
menu bekal sekolah seminggu

Gambar Maisarah Yahya: Maggie goreng & tofu cheese (merah), mac & cheese baked (biru)

menu bekal simple

Gambar Maisarah Yahya: Nasi goreng & ayam bakar (merah), ayam goreng (biru)

menu bekal anak

Gambar Maisarah Yahya: Maggie sup & tofu cheese (merah), pizza chicken pepperoni (biru)

menu bekal anak

Gambar Maisarah Yahya: Pancake nutella (merah), ayam goreng (biru)

menu bekal simple

Gambar Maisarah Yahya: Makaroni cheese (merah), roti bakar coklat (biru)

Baca juga: Tips Buang Kerak Tebal Kuali ‘Lejen’ Luar & Dalam, Guna Asam Keping Hasilnya Cerah Berkilat!

Sumber: Maisarah Yahya

FT Image: Maisarah Yahya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×