Di dalam Islam, nafkah batin suami terhadap isteri adalah hal wajib dan sangatlah penting. Perkara ini termasuklah menggauli atau membuat hubungan intim, yang merupakan salah satu daripada skop batin yang meluas.
Malah diketahui umum, menggauli pasangan merupakan ibadah yang dituntut untuk mencapai keharmonian dalam sesebuah perkahwinan.
Baca juga: Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Ramadan 2025, Seluruh Negeri Di Malaysia! (Lengkap)
NAFKAH BATIN SUAMI DIKUTUK ISTERI
Namun, biarpun ibadah tersebut telah dikotakan, ada sahaja segelintir isteri yang kurang berpuas hati sehingga melepaskan kata-kata yang telah menghina suami mereka sendiri.
Misalnya, teknik suami di ranjang kurang memuaskan, suami tak reti foreplay, cepat mencapai klimaks dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, ada juga isteri sanggup menolak keperluan batin suami yang terpenting itu dek kerana kepenatan bekerja, tidak tahan badan suami yang berbau dan pelbagai alasan lain lagi.
Baca juga: Timbul Rasa JEMU Pada Pasangan? Jangan Tewas Dulu, Ini Doa Terbitkan Kembali Rasa Cinta!
Hukum mencela nafkah batin suami
Melalui portal Mufti Wilayah Persekutuan, menjelaskan bahawa isteri sama sekali tidak boleh bersikap sedemikian iaitu mencela keperluan batin suami.
Islam menyuruh agar isteri sentiasa taat dan patuh pada arahan suami, menolongnya, dan membantunya selagi mana tidak disuruh berbuat maksiat kepada Allah SWT.
Para suami diarahkan Allah SWT untuk bermu’asyarah (bergaul) dengan baik terhadap isteri seperti mana firman-Nya:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” Surah al-Nisa’, (4:19)
Begitu juga bagi para wanita, Allah mengarahkan mereka bertanggungjawab ke atas keperluan suami mereka:
لَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ
Maksudnya: “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak);” Surah al-Baqarah, (2:228)
Bahkan, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA , Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ
Maksudnya: “Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke perbaringan (melakukan hubungan suami isteri) lalu isterinya itu enggan sehingga suami itu berasa marah kepadanya, malaikat akan melaknati wanita itu sehingga subuh.” Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3237)
Baca juga: Nak Rujuk Dalam Tempoh Iddah, Boleh Ke Berlaku Dengan Hanya Syahwat? Ini Kata Mufti!
Kesimpulan
Kerasnya ancaman ini menunjukkan betapa pentingnya peranan isteri dalam membantu suami dalam menguruskan naluri seksualnya. Selain itu, agar pasangan tidak terjebak dengan kerosakan akhlak yang tidak diingini seperti zina dan lainnya.
Ini juga bererti dalam menunaikan keperluan suami itu dikira ibadah yang diberikan ganjaran oleh Allah SWT.
Justeru, adalah tidak wajar seseorang isteri memperlekehkan keperluan seksual suami ataupun keperluan lain, tanpa alasan yang kukuh seperti mudarat. Hal ini kerana, ia adalah suatu bentuk maksiat dalam agama dan kezaliman antara sesama manusia.
Wallahua’lam.
Baca juga: Awas, Suka Samakan Tubuh Isteri Dengan Wanita Lain, Suami Boleh Jatuh ZIHAR & Kena Kafarah!
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
FT Image: Freepik

