Euforia Bola 2026
Famili

Selepas 5 Hari Pencarian, Mayat Budak Autisme Akhirnya Ditemui Tersangkut Di Pokok Buluh…

MAYAT BUDAK AUTISME

Mayat budak autisme yang hilang sejak Ahad lalu berakhir apabila pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mangsa tersangkut pada pokok buluh di tebing Sungai Tamparuli.

Mayat Muhammad Aniq Faiz Muhammad Ashraf, berusia 5 tahun itu ditemui pada jam 12.20 tengah hari (Khamis) selepas lima hari pencarian dilakukan.

Baca juga: Tempat Kerja & Majikan Toksik Punca 59% Rakyat Malaysia ‘Resign’, Tertinggi Di Asia Pasifik

MAYAT BUDAK AUTISME HILANG DITEMUI, TERSANGKUT PADA POKOK

MAYAT BUDAK AUTISME

Sinar Harian

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Mohamad Nor Amit berkata, operasi SAR hari kelima dimulakan pada jam 8.35 pagi.

“Sar bersama agensi penyelamat lain dimulakan dalam radius jarak pencarian diperluaskan dengan merangkumi darat dan sungai yang dilakukan secara arung jeram di sekitar kawasan tersebut,” jelasnya.

Selepas kira-kira empat jam kemudian, jasad budak autisme itu akhirnya ditemui tersangkut pada buluh di tepi sungai, sejauh tiga kilometer dari lokasi diilaporkan hilang.

Pihak bomba kemudian melakukan operasi mengangkat mayat tersebut ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 tengah hari.

Media sebelum ini melaporkan ada budak autisme hilang selepas ahli keluarganya menyedari dia tiada di rumah dan hanya anak patung milik ditemui di luar kediaman mereka di Kampung Bahagia II, Tamparuli, Sabah.

Baca juga: 19 Tahun Menanti Gelaran Ibu Ayah, Pasangan Ini Akhirnya Dikurniakan Cahaya Mata, Sebak!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×