Euforia Bola 2026
Famili

Budak Lelaki Autisme Hilang Dari Rumah, Hanya Anak Patung Yang Tinggal…

budak autistik hilang

Media tempatan melaporkan seorang budak autistik hilang dari rumahnya yang terletak di Kampung Bahagia Dua, Tamparuli, Sabah.

Kanak-kanak berusia lima tahun itu dikenali sebagai Muhd Aniq disedari hilang kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam oleh keluarganya serta anak patung miliknya ditemui di luar kediaman berkenaan.

Baca juga: Zayn Rayyan Mati Akibat Dijerut Di Leher & Ada Objek Tumpul Dimasukkan Dalam Dubur

BUDAK AUTISTIK HILANG DARI RUMAHNYA

BUDAK AUTISTIK HILANG

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohammad Nor Amit, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Balai Polis Tamparuli berhubung kejadian terbabit pada jam 1.52 tengah hari.

Sebaik sahaja menerima panggilan itu, seramai 12 anggota termasuk dua anggota unit anjing pengesan (K9) bergegas ke lokasi berserta satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba, pasukan bomba melakukan pencarian di kawasan mangsa dilaporkan hilang dengan keluasan radius sejauh 300 meter dengan bantuan unit anjing pengesan K9.

“Walau bagaimanapun, sehingga jam 7 malam tadi, operasi pencarian terpaksa ditangguhkan atas arahan PDRM dan akan disambung pada esok,” jelasnya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini turut disertai oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis dan penduduk kampung di situ.

Baca juga: Dalam Sibuknya Bergelar Ibu, Jangan Lupa Berdoa Untuk Diri Sendiri Sebagai Penawar Keletihan

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×