Euforia Bola 2026
Famili

Kanak-Kanak Autisme Hilang Selepas Keluar Dari Rumah, Jumpa Selipar Di Kawasan Anak Sungai

kanak kanak istimewa hilang

Seorang kanak kanak istimewa hilang selepas keluar dari rumahnya di Jalan Kim Chu Sin Batu Kawa, di sini, petang tadi. Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) telah dilakukan tetapi ditangguhkan sementara pada jam 11.45 malam tadi berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Operasi tersebut diketuai oleh Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Bin Md Radzi, dan melibatkan pasukan dari pelbagai agensi keselamatan.

Baca juga: Hutang PTPTN Belum Bayar? Jaga-Jaga! Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara Mungkin Kembali

KANAK KANAK ISTIMEWA HILANG, SELIPAE DIJUMPAI DEKAT ANAK SUNGAI

KANAK KANAK ISTIMEWA HILANG

Kronologi

Mangsa seorang kanak-kanak istimewa autism , Enrique Bong yang berusia 6 tahun hilang selepas keluar dari rumahnya di Jalan Kim Chu Sin Batu Kawa Kuching 4.15 petang tadi 24 Ogos 2025 .

Keluarga mangsa memaklumkan budak tersebut keluar tanpa diketahui. Pihak keluarga mangsa keluar mencari dan menemui selipar sebelah mangsa pada jarak 10 meter, selipar kedua pada jarak 30 meter berdekatan anak sungai Kampug Kim Chu Shin.

Pasukan Bomba menjalankan pencarian di sekitar kawasan hingga ke anak sungai dan hutan kebun namun tiada petunjuk. Penduduk kampung juga memantau di jeti Sungai Besar Batu Kawa namun tiada petanda mangsa. Pihak Bomba Batu Lintang terus mencari ke kebun bersebelahan.

Pada jam 9.30 mlm operasi pencarian diteruskan semula dengan membahagikan 3 kumpulan pencarian di kawasan tebing sungai,kawasan pencarian dipeluaskan 100 meter dari lokasi terakhir kasut mangsa dijumpai.

Operasi ditangguhkan dan akan disambung pada 25.08.2025 (Isnin)

Antara agensi yang terlibat:

  • PDRM – KPD IPD Padawan bersama 10 ANGGOTA
  • K9 PDRM – 2 ANGGOTA
  • UNIT DRONE – 4 ANGGOTA
  • RELA – 7 ANGGOTA
  • APM – 4 ANGGOTA
  • JKKK – 5 ANGGOTA
  • Bomba Batu Lintang – 7 anggota
  • EMRS Batu Lintang – 2 anggota

Jika mempunyai sebarang maklumat, sila hubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan, Sin Alex Daniel Jita di talian 011-18816338 atau Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Baca juga: Anak Erra Fazira Raih Keputusan Cemerlang IGCSE, Engku Aleesya Pilih Sambung A-Level

Sumber: Facebook & Sarawak Edition

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×