Euforia Bola 2026
Asuh

Masjid Putra Nilai & Masjid Wilayah Persekutuan Buat ‘Nurseri Ramadan’ Untuk Anak Kecil Sempena Ramadan

masjid putra nilai

Sebelum ini, tular di laman media sosial mengenai ibu bapa yang membawa anak kecil ke masjid dikatakan sebagai ‘mengganggu’ kerana anak-anak tersebut bermain. Jadi, bagi menyelesaikan masalah ini sempena Ramadan kali ini, Masjid Putra Nilai mengambil inisiatif mengumumkan perkhidmatan asuhan kanak-kanak.

Bahkan, ada masjid lain juga yang menyediakan perkhidmatan mesra kanak-kanak supaya jemaah masjid yang hadir lebih selesa dan tidak risau mengenai anak.

Baca juga: Panduan Solat Tarawih Ringkas Di Rumah Untuk Wanita & Ibu Yang Ada Anak Kecil

MASJID PUTRA NILAI SEDIA KHIDMAT ‘NURSERI RAMADAN’

masjid putra nilai

Nurseri Ramadan, Masjid Putra Nilai.

Untuk pengetahuan semua, masjid ini merupakan antara masjid terawal yang menyediakan tempat asuhan kanak-kanak bagi jemaah yang datang untuk menunaikan solat tarawih. Sudah semestinya, ruangan khas ini adalah untuk memudahkan para jemaah yang sukar meninggalkan anak mereka di rumah.

Menurut pihak pengurusan Masjid Putra Nilai, perkhidmatan dikenali sebagai ‘Nurseri Ramadan’ itu menyediakan tempat selamat buat si kecil yang berumur 3 hingga 9 tahun. Dalam laman Facebook itu menyatakan nurseri dibuka jam 8 malam hingga 10.30 sepanjang bulan puasa bertempat di Dewan Besar Masjid Dato’ Klana Petra, Undang Luak Sungei Ujong, Putra Nilai.

Lebih menarik lagi ada pelbagai jenis aktiviti agar si kecil boleh meluangkan masa bersama rakan-rakan yang lain. Antaranya:

– Permainan Soopa Doopa
– Tayangan cilik
– Kanak-kanak juga boleh bermain permainan video e-sport di kiosk TGS Studio seperti Virtual Reality Astro Bot, X-Box Kinect dan Nintendo Switch Sport. Namun penyertaan bagi aktiviti ini adalah berbayar.

Walaupun sudah disediakan kemudahan asuhan sebegini, pihak masjid turut mengingatkan ibu bapa untuk berpesan kepada anak kecil supaya menjaga adab semasa berada di rumah Allah SWT. Selain itu, anak-anak juga harus dinasihati supaya menjaga akhlak ketika bermain dengan rakan lain sebagai contoh tidak menolak, memukul, dan perkara-perkara lain yang boleh membawa kepada kecederaan.

MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN PUN IKUT SEDIAKAN TEMPAT ASUHAN

Bukan sahaja di Masjid Putra Nilai, malah Masjid Wilayah Persekutuan juga menyediakan tempat asuhan untuk anak-anak yang digelar sebagai Program Asuhan Masjid Wilayah.

Lokasi: Ruang Legar Tingkat 2, Anjung C, Masjid Wilayah Persekutuan
Pendaftaran anak: Secara percuma dan hanya perlu walk-in

“Bawa si kecil bersama dan nikmati ibadah dengan lebih khusyuk. Kami sedia menjaga mereka dengan penuh kasih sayang,” kata pengendali akaun Instagram Masjid Wilayah Persekutuan.

Menerusi video perkongsian, kelihatan anak-anak menghabiskan masa dengan permainan-permainan dan tayangan kartun. Bukan itu sahaja, ada juga sedikit kudapan makanan dan minuman buat kanak-kanak tersebut. Terbaik!

*Diharapkan banyak lagi masjid wujudkan kemudahan sebegini supaya anak-anak terjaga semasa ibu bapa solat tarawih…

Baca juga: Adab Doa Pu Riz & Neelofa Sempena Ramadan, Tips Untuk Allah SWT ‘Happy’ Kena Baca Macam Ini..

Sumber: Masjid Putra Nilai, Masjid Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×