Euforia Bola 2026
Famili

Pasangan Sensasi, Marissa Dania & Aslam Hadir Ke Mahkamah Syariah Untuk Pengesahan Nikah

MARISSA DANIA DAN ASLAM

Hari ini, pasangan sensasi, Marissa Dania dan Aslam dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas prosiding pengesahan nikah yang sebelum ini berlangsung di Songkla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Baca juga: Bilangan Kanak-Kanak Ke Sekolah Pendidikan Khas Meningkat, Anak Normal Boleh Jadi Pseudo Autism, Puncanya Hanya Satu!

MARISSA DANIA DAN ASLAM HADIR KE MAHKAMAH SYARIAH

MARISSA DANIA DAN ASLAM

Kredit: Berita Harian

Menurut Muhammad Ammar yang merupakan peguam syarie mewakili pasangan itu, dia menjelaskan bahawa pihak mahkamah menangguhkan prosiding pada tarikh seterusnya.

“Mahkamah menangguhkan prosiding hari ini sebab ini kali pertama kami hadir. Siasatan akan disambung pada masa akan datang. Bila tarikhnya, saya dimaklumkan anak guam untuk tidak memaklumkan,” jelasnya.

Ahmad Aslam berkata penundaan prosiding itu dilakukan atas masalah teknikal yang berlaku berkaitan maklumat peribadi.

“Ada masalah sedikit berkenaan maklumat peribadi dalam permohonan borang pengesahan pernikahan di luar negara, jadi kami diminta untuk mengemas kini maklumat peribadi dan datang semula pada tarikh lain.

“Saya tak boleh ulas dengan lebih terperinci kerana menghormati prosedur mahkamah. Kalau ada apa-apa mungkin peguam saya boleh jawab.

“Borang ini sudah lama kami serahkan kepada peguam dan hari ini, kali pertama kami hadir. Semuanya akan diuruskan pihak peguam,” katanya.

Marissa yang jalan beriringan dengan suaminya itu hanya mendiamkan diri daripada menjawab sebarang pertanyaan pihak media.

Mereka tiba di mahakamah dengan memakai pelitup muka terus bergegas pulang selepas satu jam berada dalam dewan bicara.

Terdahulu, nama Marissa menjadi perbualan warganet apabila dikatakan mereka mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

Norman Hakim dan Abby Abadi yang merupakan ibu bapa kepada Marissa, turut tidak mengetahui mengenai majlis berkenaan.

Baca juga: Pendaki Malaysia Maut Akibat Terlepas Tali Keselamatan Di Gunung Rinjani

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×