Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Marissa Dania Dan Aslam Sah Bercerai, Sudah Tak Tinggal Sebumbung Sebelum Ini…

MARISSA DANIA

Pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim dan suaminya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid dilaporkan kini tinggal berasingan sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung prosiding yang sedang berlangsung.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Aslam ketika ditemui pemberita selepas menghadiri prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada pagi Selasa.

Baca juga: Kahwin Demi Lesen Niaga? Kes Warga Asing Nikahi Wanita Tempatan Makin Serius Di Selangor

MARISSA DANIA & ASLAM SAH BERCERAI

MARISSA DANIA

Kredit: BH

Menurut Aslam, dia dan Marissa buat masa ini memilih untuk menunggu keputusan mahkamah sebelum menentukan langkah seterusnya berkaitan hubungan mereka.

“Ya, memang kami tinggal berasingan ketika ini. Selebihnya, kami serahkan kepada proses mahkamah dan tunggu keputusan,” katanya ringkas.

Terdahulu, pasangan berkenaan hadir secara berasingan ke mahkamah bagi prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

Marissa yang hadir dengan persalinan berwarna merah jambu dilihat dalam keadaan emosional ketika meninggalkan mahkamah, namun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media.

MARISSA DANIA

Turut hadir ialah peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri yang mewakili Aslam dalam prosiding tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk telah difailkan pada 10 Mac lalu bagi pihak Aslam.

Menurut peguam berkenaan, Aslam didakwa pernah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali sebelum pasangan itu dilaporkan kembali rujuk selepas setiap lafaz dibuat.

Lafaz cerai pertama dikatakan berlaku sekitar September 2024 dan pasangan itu dilaporkan kembali rujuk dalam tempoh yang sama. Sementara itu, lafaz kedua pula didakwa berlaku pada April tahun lalu sebelum mereka kembali rujuk kira-kira dua bulan kemudian.

Prosiding kes berkenaan kini masih berjalan dan keputusan lanjut akan ditentukan oleh mahkamah.

Baca juga: Jangan Terkejut! 5 Perkara Orang Malaysia Selalu Buat Ini Sebenarnya Boleh Langgar Undang-Undang

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×